HEADLINES

Permohonan Najib: Sudah diputuskan, mungkin diumumkan hari ini: PM

Anwar berkata 'I believe so' ketika ditanya sama ada keputusan itu akan diumumkan hari ini

2:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak sudah diputuskan Lembaga Pengampunan.

Malah, beliau percaya pengumuman mengenai keputusan itu mungkin diumumkan hari ini.

“I believe so. (Saya percaya begitu),” katanya ketika ditanya sama ada keputusan itu akan diumumkan hari ini .

Diminta mengulas sama ada keputusan itu akan memberi kesan kepada Kerajaan Perpaduan, Anwar hanya memaklumkan keputusan itu di bawah Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong.

“(Keputusan) Di bawah Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita di Masjid Jamek di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar menjelaskan kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman mengenai keputusan tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada Lembaga Pengampunan untuk berbuat demikian.

“(Itu) urusan Lembaga Pengampunan, tunggu… sudah ada kepastian (keputusannya).

“Tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan,” katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari di Gerai Makan Pertama Complex, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan isu keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri, Isnin lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata mesyuarat Jemaah Menteri ada dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi ‘sepintas lalu’ saja.

Namun, Saifuddin Nasution menjelaskan, Kabinet tiada bidang kuasa untuk mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan itu.

Media Singapura, Channel News Asia (CNA), sebelum ini melaporkan hukuman penjara 12 tahun ke atas bekas Perdana Menteri itu atas pertuduhan rasuah, dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya pada Isnin lalu.

Dengan memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, CNA mendakwa, keputusan Lembaga Pengampunan yang diketuai Yang di-Pertuan Agong ketika itu juga termasuk pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan.

Menurut tiga sumber berasingan yang bercakap dengan syarat kerahsiaan ketat itu, pengampunan separa diraja atas pembabitannya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dibuat selepas menjalani hukuman penjara kurang dua tahun.

Pengurangan tempoh hukuman itu bermakna Najib dijangka menyelesaikan hukumannya pada Ogos 2028.

Bagaimanapun dengan parol untuk berkelakuan baik, beliau boleh dibebaskan pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara baharu. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related