HEADLINES

Dakwaan Noh mengancam kedudukan Azmin hanya cubaan ‘cucuk’ oleh pemimpin Umno

Menurut Datuk Razali Idris, orang Umno ‘geli’ dan takut dengan Tan Sri Noh Omar kerana beliau adalah tokoh yang tidak ada isu, tiada kes, hanya dibuang Umno sahaja

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan Tan Sri Noh Omar akan mengancam kedudukan pemimpin parti Bersatu terutama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi Bersatu Selangor hanya cubaan ‘cucuk’ politik dalam kalangan pemimpin Umno.

Sebaliknya, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris ketika dihubungi Scoop berkata, Noh, yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, masih tidak layak untuk bertanding apa-apa jawatan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam perlembagaan parti Bersatu.

“Apa masalah dia (pemimpin Umno) kalau Noh Omar nak bertanding? Untuk bertanding, parti ada syarat dan dia baru menjadi ahli justeru masih tidak boleh bertanding, malah kalau nak bertanding ketua bahagian pun ada syaratnya.

“Di Tanjung Karang, anak Noh iaitu Nurul Syazwani sudah menjadi Ketua Bahagian Penaja Bersatu, jadi apa masalahnya.

“Orang nak cucuk sahaja dan sebenarnya orang Umno yang ‘geli’ dan takut dengan Noh Omar kerana dia adalah tokoh yang tidak ada isu, tiada kes, hanya dibuang Umno sahaja,’’ katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Noh mengumumkan menyertai Bersatu selepas dipecat Umno tahun lalu kerana melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau memohon untuk menyertai Bersatu secara dalam talian dengan mengisi borang dan terus diterima.

Datuk Razali Idris berkata, Tan Sri Noh Omar masih tidak layak untuk bertanding apa-apa jawatan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam perlembagaan parti Bersatu – Gambar Facebook Razali Idris, 7 Julai, 2024

Berdasarkan Perlembagaan Bersatu, calon-calon yang ingin bertanding jawatan Pengerusi, Presiden atau Timbalan Presiden mesti menjadi ahli parti tidak kurang tiga tahun.

Bagi jawatan lain pula, calon-calon perlu menjadi ahli tidak kurang dari 12 bulan.

Ditanya sama ada lebih ramai pemimpin Umno akan mengikut jejak Noh, Razali berkata, Parlimen Tanjong Karang kini sudah menjadi kubu Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“Di Tanjong Karang tinggal Datuk Zulkafperi Hanapi seorang diri sahaja, yang lain tidak ikut dia. Tanjong Karang tu tunggu pilihan raya sajalah, sebab itu kita nak pilihan raya kecil cepat,” katanya.

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden dijangka menjadi tumpuan pada pemilihan Bersatu Oktober ini selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan mengekalkan kedudukannya.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dikatakan akan mencabar Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, penyandang sejak 2020 selepas Hamzah dibenarkan bertanding mengikut Fasal 14.14 dan 14.16 walaupun sebelum ini beliau tidak layak bertanding lima jawatan utama atau ‘top 5’ kerana belum cukup dua penggal sebagai Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT). – 7 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Locals not good enough? Koo Kien Keat left frustrated after BAM snub

Former Malaysian doubles ace Koo Kien Keat expresses frustration after being overlooked by BAM for a head coach role, saying local expertise is often undervalued in favour of foreign coaches but he continues to mentor top pairs independently ahead of the Malaysian Open

Turning criticism into strength: TMJ on surviving smear campaigns and public scrutiny

Johor’s Crown Prince, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, shares his perspective on handling public criticism, smear campaigns, and the challenges of leadership, emphasising resilience, faith, and inner strength as keys to rising above negativity

Related