HEADLINES

‘Daging makmal’ halal, dibenarkan untuk dimakan: Jawatankuasa Fatwa Singapura

Panduan dikeluarkan bagi menangani isu penggunaan dan pengeluaran daging kultur dengan mengandaikan syarat yang betul telah dipenuhi

9:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Daging yang dihasilkan di makmal atau daging kultur, salah satu produk terbaru dalam dunia sains pemakanan, adalah halal dan dibenarkan untuk dimakan oleh orang Islam.

Demikian panduan agama dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Singapura bagi menangani isu penggunaan dan pengeluaran daging berkenaan, dengan mengandaikan syarat yang betul telah dipenuhi.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), bagi menentukan kedudukan agama dalam pengeluaran daging tersebut, Jawatankuasa Fatwa telah mengkaji tiga aspek yang saling berkaitan iaitu proses dan sumber daging; kaedah pengeluaran serta bahan-bahan yang digunakan.

“Mengikut kajian teliti literatur makanan sedia ada serta perundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan, pemain industri dan saintis, Jawatankuasa Fatwa telah membuat kesimpulan bahawa syarat-syarat mesti dipenuhi untuk memastikan daging yang dihasilkan itu adalah halal untuk dimakan.

“Syarat tersebut adalah sumber sel mestilah diambil daripada haiwan yang halal untuk dimakan; setiap bahan yang membentuk tekstur dan komposisi daging yang diusahakan mestilah halal dan produk tidak toksik serta bersih,” katanya dalam kenyataan.

MUIS menambah, matlamat pensijilan halal adalah untuk memberi jaminan yang lebih besar kepada pengguna Islam bahawa produk makanan tertentu adalah halal untuk dimakan.

“Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan peraturan pemakanan halal dikekalkan dan dipatuhi. Begitu juga untuk daging yang dihasilkan di makmal ini, jika ia disahkan halal, umat Islam Singapura boleh memilih sama ada untuk mendapatkannya sebagai sumber makanan atau sebaliknya,” katanya.

Menurut MUIS, di peringkat global, terdapat dorongan yang semakin meningkat untuk kelestarian alam sekitar susulan perubahan iklim.

Untuk itu katanya, makanan baharu yang boleh dihasilkan melalui makmal berbanding pertanian dan akuakultur tradisional, menawarkan cara praktikal untuk menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

“Singapura menyumbang kepada usaha global ini melalui kawal selia Agensi Makanan Singapura (SFA) bagi inovasi dalam makanan baharu. Berikutan kelulusan SFA terhadap penjualan produk daging makmal di Singapura pada 2020, bimbingan agama ini dibangunkan kerana melibatkan pengguna Islam.

“Ini adalah penting terhadap perancangan masa depan untuk pensijilan halal daging makmal yang diusahakan, untuk memudahkan pengguna Islam membuat pilihan,” katanya. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Anwar announces new Cabinet: Hannah Yeoh and Steven Sim shift Ministries, Zaliha and Na’im dropped

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim unveils a reshuffled Cabinet, with key changes including Hannah Yeoh replacing Dr Zaliha Mustafa, Steven Sim moving to the Ministry of Entrepreneur Development, and several ministers, including Dr Zaliha and Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dropped from the lineup

Ex-army chief, wife face RM2.197mil money laundering charges

Tan Sri Hafizuddeain Jantan and Salwani Anuar pleaded not guilty in separate Sessions Courts today to four counts each under the Anti-Money Laundering Act, involving millions allegedly deposited into their accounts

Related