◉ HEADLINES

Jangan kerana berkawan, perkara salah pun dibiarkan: Ahmad Maslan

Beliau menegaskan akan menegur kenyataan DAP yang menjadi isu meskipun berada dalam Kerajaan Perpaduan bersama parti itu

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan beliau tidak akan sesekali menggadai idealisme parti meskipun berada dalam Kerajaan Perpaduan bersama DAP.

Menurutnya, jangan kerana sudah berkawan bersama DAP, maka perkara yang salah pun akan dibiarkan.

“Bila ada kenyataan pimpinan DAP yang jadi isu dan ramai berpendapat mereka itu tidak betul, saya perlu tegur. Itu maknanya saya terus ‘peka bukan pekak’.

“Jangan kerana berkawan, maka hal yang salah pun dibiarkan. Idealisme tidak digadai hanya kerana berada dalam Kerajaan Madani yang sama,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencadangkan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

Pengiktirafan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Unesco membolehkan kampung itu diangkat sebagai warisan kebudayaan Malaysia.

Rancangan Kor Ming itu mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak, termasuk gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mendesak kerajaan memecat pemimpin terbabit kerana didakwa mencadangkan isu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian kaum di negara ini.

Malah, cadangan itu turut ditempelak Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kerana ia dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan berisiko merosakkan keharmonian dicapai Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, walaupun tujuan cadangan berkenaan adalah untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, Umno berpandangan implikasi terhadap apa dirancang itu terlalu besar serta menyentuh kedudukan Melayu dan Bumiputera secara tidak langsung.

Susulan itu, Kor Ming mengajak kepimpinan Umno untuk berbincang berhubung cadangannya itu.

Bagaimanapun, Pemuda Umno menegaskan tidak ada sebarang perkara perlu dibincangkan Kor Ming dengan kepimpinan parti itu berhubung cadangan tersebut.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, ini kerana cadangan itu tidak mempunyai keperluan untuk dicetuskan dan dilaksanakan.

Malah, beliau meminta Kor Ming menghentikan isu mengenai cadangan berkenaan.

“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan fullstop (noktah),” katanya. – 12 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

◉ Related