HEADLINES

Sanusi sahkan pegawai kanannya ditahan SPRM, bantu siasatan kes REE

Sanusi berkata pihaknya memberikan kerjasama penuh dan meminta agar pegawai terbabit memberikan keterangan yang diperlukan

4:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan seorang lagi pegawai kanannya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah
Muhammad Sanusi bagaimanapun menjelaskan beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai penahanan terbabit.
Namun, kata beliau, pihaknya memberikan kerjasama penuh dan meminta agar pegawai terbabit memberikan keterangan yang diperlukan.
“Usaha-usaha ini semakin hari semakin rancaklah nampaknya. Saya relaks sahaja dan suruh semua siapa yang dipanggil bagi keterangan (untuk bekerjasama). Apa yang depa mahu, kita cerita. Kita tak ada apa nak dibimbangkan.
“Selama kita benar tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Jangan takut, jangan gentar kita bukan bangsa penunduk,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian Online.
Dalam pada itu, Bernama yang memetik sumber melaporkan pegawai kanan berusia 50-an itu ditahan kira-kira 8 malam semalam di pejabat SPRM Alor Setar, kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada seorang pemilik syarikat.
Lelaki berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini, selepas Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif membenarkan permphonan reman SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishammuddin Hashim yang mengesahkan penahanan tersebut hari ini berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009. – 24 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related