Amy Ukays enggan cipta lagu raya baru buat Aliff Syukri

Menurut Amy, dia tidak lagi mahu bekerjasama dengan Aliff Syukri kerana usahawan itu sering mencipta kontroversi menerusi video muzik lagunya

11:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Komposer, Amy Ukays enggan memberikan lagu ciptaannya kepada usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri biarpun ada permintaan.

Menurusi hantaran yang dimuat naik Amy atau nama sebenarnya Azmi Hassan, 50, di Facebook, dia mendedahkan terdapat beberapa figura yang meminta lagu raya daripadanya tahun ini antaranya Iqbal, Datuk Seri Vida dan Datuk Seri Aliff Syukri.

“Datuk Aliff Syukri ada hubungi saya minta buat lagu raya. Tapi saya menolak sebab dia lupa diri dan asal usul. Saya tak suka untuk bekerjasama dengannya.

“Maka tahun ini saya akan fokus buat lagu raya untuk Iqbal, Datuk Seri Vida, Baby Shima dan Ifa Raziah. Juga lagu raya baru untuk Ukays Reborn yang bertajuk Di Sana Raya Di Sini Raya.

“Datuk Aliff Syukri selamat tinggal buat selamanya,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Amy turut memuji Iqbal yang disifatkannya sebagai seorang yang merendah diri berbanding Alif.

“Iqbal seorang yang sangat merendah diri, berbeza dengan ‘penyanyi nombor satu negara’ (Aliff Syukri),” tulisnya.

Dedah Amy, antara sebab dia enggan lagi memberikan lagunya pada Aliff adalah kerana dia sering menjadi sasaran setiap kali Aliff mencipta kontroversi menerusi video muzik lagu rayanya.

“Setiap kali saya cipta lagu, pasti video muzik lagu tersebut akan menjadi sasarannya. Akhirnya saya yang terpalit dipersalahkan. Dia yang buat, tempiasnya terkena pada saya,” katanya.

Terdahulu sebelum ini Amy pernah mencipta raya buat Aliff yang berjudul Chu Ku Chuk Raya. Namun video muzik lagu berkenaan dikecam netizen kerana ALliff serta penari latarnya memakai pakaian yang ketat seperti baju renang yang dikatakan tidak sesuai untuk sambutan hari raya. – 13 Februari, 2024

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related