HEADLINES

Hadi-Muhyiddin akhirnya bersemuka, hadir mesyuarat khas MPT PN

Dalam mesyuarat itu, PN bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-undang susulan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin

1:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kehadiran Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) semalam, sedikit sebanyak menjawab teka-teki mengenai dakwaan hubungan dingin beliau dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan dalam Facebook gabungan parti itu, ketibaan Hadi disambut Muhyiddin bersama Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.

Malah, Muhyiddin dan Hadi dilihat tenang semasa pertemuan tersebut.

Hasil mesyuarat tersebut, Muhyiddin memaklumkan PN akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat bagi membincangkan dan memperhalusi secara khusus keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019 baru-baru ini dan kesannya terhadap perundangan syariah dan umat Islam.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas Teknikal dan Dokumentasi Undang-undang juga akan diwujudkan dan dipengerusikan oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagi mencadangkan tindakan-tindakan susulan untuk memperkasakan kedudukan perundangan syariah.

“PN memandang serius keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut yang diyakini akan memberi kesan besar terhadap kedudukan dan skop undang-undang syariah di Malaysia.

“Sehubungan itu, PN akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat yang akan diketuai Datuk Idris Ahmad dan Jawatankuasa Teknikal ini akan melibatkan penyertaan pakar-pakar perlembagaan dan perundangan Islam, golongan ulama, ilmuwan Islam dan pemegang taruh berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin Yassin sebelum itu turut dikunjungi oleh kepimpinan tertinggi PAS di kediamannya untuk makan tengah hari. – Gambar Facebook Muhyiddin Yassin, 15 Februari, 2024

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim yang dipengerusikan Tengku Maimun membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Antara peruntukan kesalahan dalam enakmen itu yang terbatal adalah Seksyen 11 iaitu memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat, kesalahan liwat (Seksyen 14) dan persetubuhan dengan mayat (Sesyen 16).

Susulan itu, Takiyuddin menyifatkan keputusan tersebut sebagai sebagai ‘black Friday’ atau Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam.

“Kita amat sedih pada hari ini…dia bagi diskaun 16 ini cukup besar…Mahkamah Syariah di Kelantan nak dengar undang-undang mana ni.

“Jadi sebagai rakyat Malaysia, rakyat Kelantan yang ada undang-undang syariah ini undang-undang negeri, Jumaat yang hitam kepada syariah Islam kepada undang-undang Islam itu yang boleh kita gambarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PN Negeri Sembilan berkuat kuasa 12 Februari.

“Majlis Tertinggi PN mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan sepanjang memikul amanah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Negeri Sembilan sebelum ini,” katanya.

Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja turut hadir dalam mesyuarat tersebut. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related