◉ HEADLINES

Indonesia: Kumpulan penjenayah sasar pesawat ringan, penumpang dan juruterbang selamat

Juruterbang berjaya mendaratkan pesawat di Beoga

4:15 PM MYT

 

JAKARTA – Kesemua sembilan penumpang dan juruterbang pesawat ringan Cessna Grand Caravan terselamat selepas menjadi sasaran Kumpulan Penjenayah Bersenjata di Papua, wilayah paling timur Indonesia.

Kejadian berlaku pukul 8.59 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat ketika pesawat itu dalam perjalanan dari Timika ke Beoga.

Juruterbang berjaya mendaratkan pesawat di Beoga, menurut Direktorat Jeneral Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah M. Kristi Endah Murni berkata: “selepas mendarat, juruterbang menemukan kesan tembakan di bahagian pod kargo D di sebelah kanan, menembusi lantai pesawat.”

Selepas memastikan keselamatan dan mengesahkan pesawat masih boleh berfungsi, juruterbang memilih untuk menerbangkan pesawat milik PT Asian One Air kembali ke Timika dan kini sedang dinilai untuk proses pembaikan.

Kristi menegaskan bahawa Unit Operasi Lapangan Terbang Wilayah X Merauke bekerjasama rapat dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan untuk memantau dan menangani potensi ancaman keselamatan penerbangan.

Kumpulan penjenayah yang terkenal di wilayah itu kini menahan juruterbang warga New Zealand di daerah Nduga.

Juruterbang berkenaan ditahan sejak kumpulan itu membakar pesawat milik Susi Air di Lapangan Terbang Paro di Daerah Nduga pada 7 Feb 2023.

Pihak berkuasa meneruskan usaha membebaskan juruterbang itu dengan mengutamakan rundingan yang diketuai oleh kerajaan wilayah Nduga. – 17 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related