HEADLINES

KKM pertimbang kawasan khas merokok bagi premis makanan di lokasi sempit

Perkara itu bukanlah satu langkah mengundur, sebaliknya bagi memastikan larangan merokok pada jarak 3 meter dari premis makanan dipatuhi

8:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbang langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, premis di kawasan sempit agak sukar bagi mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.

“Kementerian Kesihatan mengambil pertimbangan hal ini, kita sedia maklum kalau tiga meter jarak (merokok) dari premis makanan, sudah hampir dengan premis lain.

“Kami pasti akan mempertimbang keperluan mengadakan tempat tertentu seperti negara maju lain iaitu Singapura, Jepun dan Hong Kong di mana mereka punya tempat yang diizinkan untuk merokok,” katanya kepada pemberita pada Sesi Perjumpaan Meja Bulat sempena Program Tinjauan Mesra Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara itu bukanlah satu langkah mengundur, sebaliknya bagi memastikan larangan merokok pada jarak tiga meter dari premis makanan dipatuhi.

“Kami akan ambil pertimbangan yang serius supaya kawasan sempit seperti di Jalan Alor, Bukit Bintang ada tempat khas untuk perokok,” katanya.

Dr Dzulkefly juga berkata, Jalan Alor akan dijadikan sebagai model peranan bagi Kuala Lumpur Street Food yang mematuhi tahap kebersihan serta larangan merokok di premis makanan dan kawasan penjaja.

Justeru katanya, program tinjauan mesra yang buat julung kalinya diadakan telah memilih Jalan Alor, yang merupakan pusat tarikan pelancong, dalam usaha memberi kefahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terhadap usaha ini.

“Malam ini kita ambil langkah dekati pemilik untuk memastikan agenda kempen premis BeBAs dapat dijayakan.

“Sepanjang tinjauan mesra tadi juga, tiga premis telah mendapat pengiktirafan premis ‘Bersih dan Selamat’ (BeSS)… program ini sudah pasti akan diperluas ke tempat lain seperti Putrajaya, Ipoh dan Pulau Pinang berlandaskan apa yang ada di Jalan Alor,” katanya. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related