HEADLINES

Kerajaan usaha kurangkan kadar defisit fiskal kepada 4.3% tahun ini: Fahmi

Bagi memastikan negara di landasan ekonomi tepat,pelaburan perlu diutamakan, peluang pekerjaan baharu harus diberi fokus dan harga barang hendaklah terkawal

8:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan akan berusaha mengurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3% pada tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Dalam hantaran di Facebook beliau malam tadi, Fahmi berkata, defisit fiskal telah berjaya dikurangkan daripada 5.6% pada 2022 kepada 5% tahun lalu.

Beliau yang juga jurucakap kepada kerajaan berkata, Malaysia mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 3% pada suku keempat 2023 walaupun berdepan persekitaran luar yang sangat mencabar pada tahun itu.

Fahmi berkata, untuk memastikan negara berada di landasan ekonomi yang tepat, tiga asas ekonomi iaitu pelaburan perlu diutamakan, selain peluang pekerjaan baharu perlu diberi fokus dan harga barang hendaklah terkawal.

Infografik pencapaian perkembangan ekonomi negara bagi suku keempat 2023 yang antara lain menyaksikan jumlah FDI merekodkan pelaburan RM17.1 bilion. – Gambar FB Fahmi Fadzil, 19 Februari, 2024

“Kalau lihat pada ketiga-tiga asas ini, insya-Allah kita di landasan ekonomi yang tepat… kadar pengangguran menurun, inflasi menurun dan FDI (pelaburan langsung asing) meningkat,” katanya.

Dalam hantaran sama Fahmi turut berkongsi infografik pencapaian perkembangan ekonomi negara bagi suku keempat 2023 yang antara lain menyaksikan jumlah FDI merekodkan pelaburan RM17.1 bilion. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related