HEADLINES

Puad setuju hadir podcast YBM, ‘saya datang bukan sebagai ayam tambatan PN tapi…’

Dedah Puad, beliau pernah berdebat dengan Rafizi pada 2016

9:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau setuju hadir ke podcast Yang Bakar Menteri (YBM) kendalian Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Bagaimanapun Puad menegaskan kehadirannya itu bukanlah sebagai ayam tambatan Perikatan Nasional (PN) kerana beliau amat lantang mengkritik parti itu terutama Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Terima kasih YB Rafizi kerana sudi jemput saya hadir ke podcast beliau “Yang Bakar Menteri”. InsyaAllah saya akan hadir.

“Saya datang bukan sebagai ayam tambatan PN. Saya juga pengkritik tegar PN. Bahkan pada saya Muhyiddin adalah PM (Perdana Menteri) gagal,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya lagi, beliau setuju hadir bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai ‘formula’ Rafizi untuk memulihkan ekonomi negara.

“YB yang minta tanya soalan yang membakar menteri. Saya tanya untuk pastikan Kerajaan Perpaduan yang saya sokong ini ”Walk The Talk”. Efisien dan padu. Bukan kaki temberang,” katanya.

Jelas Puad lagi, isu berdebat dengan Rafizi bukan perkara baharu kerana kedua-duanya kali terakhir berbuat demikian pada 2016.

“Saya pernah berdebat dengan Rafizi. Ia bukan perkara baru. Ia anjuran badan bukan kerajaan (NGO) pro PKR dan dibuat di Audotirium Bangunan Sultan Sallehudin, Shah Alam pada 2016.

“Ketika itu semua panelis pro Pakatan Harapan (PH) termasuk (Datuk Seri) Dr Dzulkefly Ahmad (sekarang Menteri Kesihatan), Rafizi dan Prof Mohammad Abu Bakar (pro PKR). Moderator ialah (Prof) Maszlee (Malik),” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan agar Rafizi segera sembuh selepas selesai menjalani pembedahan tulang belakang di sebuah hospital.

“Saya mendoakan agar YB cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa. Aamiin. Berehatlah dulu YB,” katanya.

Awal hari ini, Rafizi memaklumkan beliau baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang dan akan menjalani rawatan di hospital bagi tempoh dua minggu lagi sebelum dijangka kembali bertugas bulan depan.

Berkongsi mengenai perkembangan kesihatannya di laman X (Twitter), Rafizi berkata sebelum itu beliau disahkan mempunyai masalah stenosis, yakni kewujudan tekanan dari slipped disc dan ligamen yang memegang tulang belakang, sehingga ruang saraf mengecil dan ditekan berpanjangan.

Dalam ciapan tersebut, beliau juga memaklumkan akan kembali bersiaran pada siri podcast YBM bulan depan dan terbuka untuk bersemuka dengan bekas Ahli MKT Umno, Isham Jalil dan Puad yang menawarkan diri untuk bertemunya.

“Namun seperti tertib di dalam sesebuah organisasi, saya wajar mendapat maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu. Saya wajar menghormati pandangan mereka, demi menjaga keutuhan Kerajaan Madani,” katanya. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related