HEADLINES

Lima remaja didakwa kerana buli, tiada kaitan kematian Zara Qairina: AGC

Pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil siasatan

7:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima remaja yang akan didakwa esok berhubung kes Zara Qairina Mahathir adalah atas perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian pelajar berusia 13 tahun itu, kata Pejabat Peguam Negara (AGC).

Sehubungan itu, katanya, prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar pelajar berusia 13 tahun itu.

“Jabatan ini sekali lagi menegaskan bahawa pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan di dalam kes ini adalah bersandarkan kepada bukti dan fakta yang diperoleh hasil daripada siasatan yang dijalankan.

“Berdasarkan penelitian Jabatan ini terhadap kertas siasatan, pertuduhan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibuat kerana pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaia dan tidak mempunyai kaitan dengan kematian Zara Qairina,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, barisan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, iaitu Noraida Lamat memohon AGC menangguhkan pendakwaan di bawah seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan serta cadangan pertuduhan di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

Barisan peguam terbabit adalah Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Dalam kenyataan bersama, mereka berpendapat langkah untuk mendakwa lima suspek terbabit atas pertuduhan buli mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan gangguan, tekanan, ketakutan atau kebimbangan kepada seseorang yang berkemungkinan berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda atau kedua-duanya, adalah ringan.

Mengulas lanjut, AGC berkata, kenyataan peguam tersebut adalah bersifat spekulatif tanpa disokong oleh fakta yang tepat.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan AGC akan tetap meneruskan pendakwaan terhadap lima remaja perempuan tersebut di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah esok, meskipun ada permohonan daripada peguam keluarga Zara Qistina.

Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 pada 17 Julai lalu, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran longkang di asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Jenazahnya digali semula pada 9 Ogos lalu bagi membolehkan bedah siasat dijalankan susulan dakwaan wujud kejadian buli. – 19 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related