◉ HEADLINES

Ketidaktentuan nilai ringgit, antara isu terkini bakal dibahaskan di Parlimen minggu depan

Dewan Rakyat akan bersidang selama 69 hari pada tahun ini dengan sidang pertama selama 19 hari bermula pada 26 Februari hingga 27 Mac

5:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketidaktentuan nilai ringgit merupakan antara isu terkini yang akan dibahaskan pada sesi sidang Dewan Rakyat, yang akan bermula pada Isnin ini.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia termasuk pandangan Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour serta bagaimana ketidaktentuan nilai ringgit ini dikatakan akan membawa masuk lebih banyak pelaburan luar (FDI) dan kerajaan perlu menjawabnya.

“Hari Selasa (Ahli Parlimen) kita akan mulakan ucapan dan sudah pasti kita akan bahaskan banyak perkara termasuklah perkara terkini berhubung ringgit,’’ katanya ketika ditemui oleh media selepas selesai Solat Jumaat di Masjid Negara, hari ini.

Dewan Rakyat akan bersidang selama 69 hari pada tahun ini dengan sidang pertama selama 19 hari bermula pada 26 Februari hingga 27 Mac.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 akan bermula pada 26 Februari dengan Titah Diraja sempena istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja akan menyusul keesokannya manakala mulai 11-14 Mac pula penggulungan oleh Menteri-menteri berkaitan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak adil untuk membandingkan kejatuhan nilai ringgit ketika ini dengan situasi semasa krisis kewangan Asia 1998.

Menurut beliau, kedua-dua situasi itu amat berbeza dan kerajaan sama sekali tidak mengabaikan atau mengambil ringan kejatuhan nilai ringgit ketika ini.

“Ia amat membimbangkan dan kita sedang menelitinya. Tetapi anda (perlu) lihat pada keseluruhan… anda lihat pelaburan tertinggi dalam sejarah. Pertumbuhan ekonomi kekal berbanding negara jiran.

“Jadi saya fikir lihat gambaran menyeluruh dan kapasiti negara untuk berkembang. Apa yang paling saya yakinkan adalah angka pelaburan. Jika dibandingkan dengan 1998, ketika itu ringgit turun, inflasi meningkat, pengangguran meningkat dan tiada pelaburan,” katanya.

Abdul Rasheed sebelum ini dilaporkan berkata prestasi ringgit ketika ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa hadapan.

Malah, katanya, nilai ringgit sebenarnya diyakini akan terus meningkat dalam tahun ini. – 23 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

Criminologist sounds alarm: Deepfakes make Malaysia’s leaders weapons for cybercrime

Datuk P. Sundramoorthy says AI-generated videos and cloned audio impersonating prominent figures signal a dangerous evolution in cyber scams, with fraudsters exploiting authority, media credibility and public trust at scale

◉ Related