◉ HEADLINES

Calon PRK di KKB, Zahid sudah bertemu Presiden MCA

Beliau memahami apa yang dinyatakan Datuk Seri Wee Ka Siong, malah Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA itu nanti

6:24 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Umno akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja calon yang diumumkan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu meskipun MCA sebelum ini memaklumkan ia tidak turun berkempen jika calon bukan dari Barisan Nasional (BN).

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah bertemu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan memahami apa yang dinyatakan oleh pemimpin parti berkenaan.

Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan mengadakan pertemuan nanti.

“Saya memahami apa yang dinyatakan Presiden MCA , Datuk Seri Wee Ka Siong berkait kenyataan itu.

“Saya telah adakan pertemuan dengan mereka malah Perdana Menteri juga akan adakan pertemuan nanti,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan-cawangan Umno Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

MCA sebelum ini memaklumkan parti itu tidak akan berkempen pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya calon BN tidak diletakkan bertanding di situ.

Kenyataan MCA ini dibuat dua hari selepas MIC, yang juga parti komponen BN memberi bayangan tidak akan turun berkempen pada PRK tersebut.

Namun Perdana Menteri menolak dakwaan MIC tidak akan membantu kempen Pakatan Harapan (PH) malah memaklumkan sudah bertemu presiden MIC, SA Vigneswaran.

“Presiden MIC hubungi saya kata dia akan tolong di (PRK) KKB.

“Beliau kata tak betul laporan tu (laporan media) yang menyatakan tak akan beri kerjasama,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid berkata, setiap pihak seharusnya berada dalam keadaan harmoni politik sama ada di peringkat negeri atau Pusat.

“Perkara sebegini hendaklah kita selesaikan. Ini akan mempermudahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan, jika ada perbezaan ia akan dapat diselesaikan dengan cara paling terbaik,” katanya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu.

Hari mengundi ditetapkan pada 11 Mei manakala hari penamaan calon jatuh pada 27 April dan pengundian awal pada 7 Mei. – 21 April, 202

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

◉ Related