HEADLINES

Ahli Majlis PBT diingatkan tidak dimonopoli ahli politik, perlu 50% profesional: Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulangi gesaan berkenaan ketika bertitah sempena Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang ke-15 hari ini

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diingatkan agar Ahli-Ahli Majlis terdiri daripada sekurang-kurangnya 50% golongan profesional dan tidak dimonopoli oleh ahli politik.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulangi gesaan berkenaan ketika bertitah sempena Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor yang ke-15 hari ini.

Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) dijadual berlangsung selama 10 hari sehingga 11 Mac ini.

Menurut Sultan Selangor, dengan adanya langkah berkenaan diharapkan segala masalah dan aduan rakyat dapat ditangani dengan lebih baik menerusi inisiatif turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat.

“Beta mahu PBT dan jabatan-jabatan yang memberikan perkhidmatan terus kepada rakyat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan lain-lain.

“Ia bagi memastikan baik pulih harta awam diselenggara dengan baik.

“Ini termasuk pembaikan jalan-jalan raya yang rosak, parit dan longkang tersumbat, lif di bangunan awam dan perumahan serta kemudahan untuk bersukan dan rekreasi,” titah baginda.

Sultan Selangor turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri yang sedang menyelesaikan isu persempadanan negeri Selangor.

Sehingga kini, kejayaan Negeri Selangor dalam memuktamadkan persempadanan darat dengan Pahang, Negeri Sembilan, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.

“Maka, usaha yang lebih giat perlu dilaksanakan oleh semua pihak berkaitan yang terlibat bagi mengesahkan dan memuktamadkan pula isu-isu persempadanan Negeri Selangor yang masih perlu diselesaikan,” kata Sultan Selangor. – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

After inDrive, Maxim faces the axe as Apad cracks down on e-hailing violators

It's the second Russian-founded e-hailing firm facing expulsion over licence breaches

Related