HEADLINES

54% pegawai perubatan tinggalkan sektor awam pada 2022

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu punca pegawai perubatan berhenti daripada sektor awam

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 54% daripada 100,696 pegawai perubatan meninggalkan sektor perkhidmatan awam pada 2022 atas faktor menerima tawaran untuk berkhidmat di sektor swasta atau badan berkanun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata menerusi kajian yang dibuat, didapati 45% daripada jumlah itu bekerja di luar negara.

“Selain itu, 28% (meninggalkan perkhidmatan awam) disebabkan alasan peribadi, menerima tawaran berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (enam peratus), melanjutkan pelajaran (2.7%), membuka klinik sendiri (0.8%) dan 0.5% tidak menyatakan sebarang alasan,” katanya. 

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu punca pegawai perubatan berhenti daripada sektor awam pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Dzulkefly berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan pegawai perubatan kekal bersama sektor awam antaranya menetapkan gaji permulaan pegawai kontrak gred UD41 sebanyak RM5,197, iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain.

Selain itu, kerajaan meningkatkan jumlah 9,822 pegawai lantikan tetap dalam tempoh 2019 – 2023, dengan pertambahan sebanyak 6,000 orang lagi untuk 2024 – 2025.

Dzulkefly berkata kerajaan juga menyediakan insentif penawaran pengajian kepakaran menerusi kemudahan cuti belajar bergaji penuh dengan Hadiah Latihan Persekutuan dan Program Latihan Kepakaran. 

Pada masa sama, beliau meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian berhubung skim pencen penjawat awam dan menunggu sehingga keputusan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dilaksanakan pada masa ini diumumkan.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) mengenai perancangan jangka pendek dan panjang kementerian bagi menarik minat graduan perubatan untuk kekal berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara susulan kajian menghapuskan skim pencen penjawat awam. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related