◉ HEADLINES

Gabenor Bali minta pelajarnya berhenti tonton Upin & Ipin

Wayan juga menekankan bahawa penting untuk memelihara budaya Bali walaupun dalam kemajuan teknologi dan pemodenan.

12:05 PM MYT

 

JAKARTA – Gabenor Bali, Wayan Koster menggesa pelajar di Bali mengutamakan menonton filem dan kartun tempatan, berbanding rancangan Malaysia, Upin Ipin, seperti dilaporkan media.

“Orang muda biasanya suka menonton, animasi apa yang datang dari Malaysia kan? Ya, Upin Ipin. Jangan kita tonton lagi… Lebih baik sokong filem yang memfokuskan kepada tradisi dan budaya kita,” katanya.

Beliau menyatakannya dalam ucapan pada majlis anugerah pertandingan esei filem di dewan Dewan Perundangan Wilayah Bali, baru-baru ini.

Upin Ipin adalah siri animasi dengan unsur pendidikan dan budaya yang meraih populariti di Malaysia dan negara Asia Tenggara.

Wayan juga menekankan bahawa penting untuk memelihara budaya Bali walaupun dalam kemajuan teknologi dan pemodenan. Bali mempunyai penduduk yang pelbagai dan identiti budayanya berkait rapat dengan kepercayaan Hindu-Bali. – BERNAMA, 19 Ogos 2023

Topics

 

◉ Hangat

High-Tech, sustainable, and aligned: Budget 2026 validates Grab Malaysia’s core mission

Grab Malaysia remain committed to continue collaborating with the government and like-minded, industry stakeholders to future-proof the nation

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related