◉ HEADLINES

Unit Pemerkasaan Bumiputera di kementerian, agensi kerajaan perlu diaktif semula: Zahid

Pemilikan bumiputera masih belum mencapai tahap memuaskan dalam kalangan syarikat korporat yang tersenarai di Bursa Malaysia

12:47 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Unit Pemerkasaan Bumiputera di kementerian, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) perlu diaktifkan semula bagi memastikan semua usaha pengupayaan bumiputera dilaksanakan dengan berkesan.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu diperkasakan dengan tanggungjawab penyelarasan, pemantauan dan penilaian di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera.

Katanya, usaha itu antara tiga matlamat utama dalam Transformasi Ekonomi Bumiputera (TEB), dasar baharu yang progresif bertujuan merapatkan jurang sosioekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya suka mengimbau pengalaman 48 tahun lalu semasa saya bertugas di sebuah bank komersil berpangkalan di luar negara. Gabenor Bank Negara pada ketika itu mengarahkan laporan bulanan mengenai status pembiayaan dan penyertaan bumiputera dalam sektor perbankan, dibuat.

“Begitulah komitmen pada ketika itu untuk memastikan agenda bumiputera dilaksanakan sektor perbankan. Sehubungan itu, bagi memastikan semua usaha pengupayaan bumiputera baik di peringkat kementerian, agensi, GLC dan GLIC dilaksanakan dengan berkesan, saya mengusulkan Mara perlu diperkasakan dengan tanggungjawab penyelarasan, pemantauan dan penilaian di bawah Majlis Ekonomi Bumiputera.

“Serentak itu juga, Unit Pemerkasaan Bumiputera di kementerian, agensi, GLC dan GLIC perlu diaktifkan semula agar penyelarasan, pemantauan dan penilaian dapat dijalankan dengan berkesan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pemilikan bumiputera masih belum mencapai tahap memuaskan dalam kalangan syarikat korporat yang tersenarai di Bursa Malaysia. – Abdul Razak Latif/Scoop, 29 Februari, 2024

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Pada masa sama , Zahid berkata, soal pemilikan bumiputera masih belum mencapai tahap memuaskan dalam kalangan syarikat korporat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Katanya, ia mungkin berpunca daripada terbatasnya akses kepada pembiayaan dan pendanaan bagi memula atau memperluaskan perniagaan.

“Kita berharap inisiatif melalui dasar afirmatif sedia ada, perlu diperkemaskan agar tahap penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera dapat dipertingkatkan.

“Dengan TEB kita akan terus memastikan peranan agensi amanah Bumiputera seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Tabung Haji (TH) akan lebih terkehadapan dalam pengupayaan Bumiputera bagi semua sektor perekonomian,” katanya.

Ujarnya, dengan memberikan fokus serta memperkemaskan inisiatif sedia ada, TEB diyakini mampu mengatasi cabaran sosioekonomi dihadapi dan membuka pintu kemajuan yang lebih luas bagi setiap lapisan masyarakat. – 29 Februari 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related