HEADLINES

Lelaki ‘campak’ kekasih dari tingkat 23 direman 7 hari

Suspek berumur 37 tahun yang merupakan pemandu direman bermula 29 Februari hingga 6 Mac depan bagi membantu siasatan

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Teman lelaki kepada seorang wanita warga asing yang disyaki menolak kekasihnya itu dari balkoni di tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam semalam, direman seminggu bagi membantu siasatan kes terbabit.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berumur 37 tahun itu direman bermula 29 Februari hingga 6 Mac depan.

Menurutnya, permohonan reman itu dibenarkan Mahkamah Shah Alam pagi tadi.

“Reman dikenakan tujuh hari, dari 29 Februari hingga 6 Mac,” katanya ringkas kepada Scoop.

Terdahulu, menerusi kenyataannya, Iqbal berkata, polis memberkas seorang lelaki jam 10.10 malam tadi selepas disyaki melakukan tindakan berkenaan, sehingga wanita itu meninggal dunia serta-merta, susulan laporan diterima daripada individu lain pada 10.02 malam.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu, mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Hasil ujian saringan air kencing, ujarnya, mendapati suspek juga positif dadah jenis kanabis.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa adalah seorang perempuan warganegara asing berumur 32 tahun dan tidak bekerja. Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih di dalam kes ini,” katanya.

Iqbal berkata, menurut saksi semasa kejadian terdengar pergaduhan di antara mangsa dan suspek, sebelum lelaki terbabit menolak kekasihnya dari tingkat 23 yang jatuh ke tingkat 7 kondominium berkenaan.

Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun. – Gambar Bernama, 29 Februari, 2024

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025.

Terdahulu, tular mengenai insiden pergaduhan dua individu itu yang berakhir tragedi apabila seorang wanita ditolak seorang lelaki dari balkoni sebuah pangsapuri.

Menerusi rakaman video awal berdurasi 24 saat dikongsikan pengguna media sosial yang dipercayai penduduk di kawasan sama, kedengaran suara lelaki terbabit sedang mengamuk.

Kemudian, video kedua memaparkan pemandangan di tepi balkoni, dengan kedengaran suara seorang wanita menjerit seperti ketakutan, selain seolah-olah merayu supaya dia tidak terus dikasari.

Beberapa saat kemudian, terlihat kelibat wanita itu jatuh sambil menjerit daripada balkoni sebelum bunyi tubuhnya ‘menghentam’ lantai bersebelahan kolam renang kuat kedengaran.

“Kes bunuh, gaduh pasangan, kena tolak oleh boyfriend (teman lelaki), girlfriend (teman wanita mati serta-merta),” menurut keterangan di status video itu. – 29 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related