HEADLINES

Mahkamah perintah 662 kanak-kanak diselamat dari rumah amal GISB diberi perlindungan JKM: Fahmi

Fahmi Fadzil berkata, perkembangan itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini

4:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua 662 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sudah mendapat perintah mahkamah untuk diberikan perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan itu dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

“Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memberi sedikit maklumat tambahan dan terkini mengenai jumlah kanak-kanak diselamatkan.

“Semua seramai 662 kanak-kanak telah diselamatkan melalui beberapa operasi yang telah berjalan, kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan, itu terkini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu kerajaan Selangor menubuhkan pasukan khas bagi membantu aspek pemulihan akidah, kebajikan dan kesihatann kanak-kanak yang dijumpai di rumah amal GISB.

Pasukan khas ditubuhkan pada 2 Oktober itu diterajui oleh Exco Agama Islam, Dr Fahmi Ngah dan Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari turut menilai perkembangan mental dan fizikal untuk memastikan kanak-kanak itu diintegrasikan semula ke dalam masyarakat walaupun selepas tempoh pemulihan rasmi selama 6 bulan.

Sementara itu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, mesyuarat sama tidak membincangkan isu fatwa amalan GISBH di peringkat negeri sama ada ajaran yang dibawa oleh kumpulan terbabit sesat atau sebaliknya.

“Bagaimanapun orang ramai untuk merujuk kenyataan dan fatwa yang dikeluarkan oleh mufti negeri masing-masing.

“Ada beberapa mufti telah mengeluarkan, menerbitkan fatwa di mana ajaran tersebut telah disahkan sesat. Tapi untuk maklumat lanjut dalam isu ini boleh rujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)” katanya.

Pada 3 Oktober lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan fatwa terkini yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

Bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISB dan rangkaiannya adalah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung dibawa kumpulan Al-Arqam yang diisytiharkan sesat pada 1993.

Terdahulu pada 20 September lalu, Perlis menjadi negeri pertama memfatwakan kepercayaan dan ajaran dalam GISB mengandungi unsur ajaran sesat. – 8 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related