◉ HEADLINES

KPM mungkin pinda tarikh keputusan SPM 2023

NUTP sebelum ini merayu agar keputusan SPM 2023 dikeluarkan pada 23 Mei iaitu lebih awal dari tarikh ditetapkan (27 Mei) kerana cuti sekolah sudah bermula pada 25 Mei

2:48 PM MYT

 

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan lebih awal dari tarikh sedia ada, iaitu 27 Mei ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, perkara itu akan dibawa ke perbincangan bagi diperhalusi oleh pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Seperti yang saya kata, kerajaan ini merupakan kerajaan yang sudi mendengar. Apabila kita menerima pandangan yang berbeza daripada semua sektor maka pihak KPM akan mempertimbangkan semua pandangan tersebut.

“Beri kami sedikit masa sebelum satu keputusan atau kenyataan media berkaitan dengan isu ini dapat dibuat nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan di SABK Maahad Al-Khair Lil Banat di sini hari ini.

Semalam, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 yang membabitkan 395,870 calon akan diumumkan pada 27 Mei ini bermula 10 pagi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon dalam satu kenyataan merayu agar keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal (23 Mei) memandangkan tarikh rasmi dikeluarkan KPM itu merupakan cuti sekolah. – 10 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

KPM kemuka cadangan semak semula struktur pemilikan pusat tusyen

KPM dalam kenyataannya berkata ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen telah diperincikan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006

Probowo mohon maaf pada Malaysia, Singapura susulan jerebu rentas sempadan

Prabowo turut mendedahkan kerajaan Indonesia telah menggembleng segala usaha bagi menangani kebakaran hutan dan tanah berkenaan dengan 71,000 anggota pemadam kebakaran telah dikerahkan untuk operasi tersebut

Beyond awareness: Rebuilding financial safety in the era of AI cybercrime – Gan Kee Lim

GX Bank security chief says digital banks, regulators, telecommunications companies and consumers must work together to strengthen Malaysia’s financial security against increasingly sophisticated scams and cyber threats

◉ Related