◉ HEADLINES

SB maut tertembak ketika operasi siasat pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 65 tahun, yang merupakan orang awam yang pergi bersama mangsa, ditahan bagi membantu siasatan

10:07 PM MYT

 

SIK – Seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas terkena tembakan sewaktu operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas kira-kira 10 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati sepasukan polis daripada IPD Sik, anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah bersama orang awam telah memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, pada pukul 12 tengah hari, 27 Februari lepas.

“Mereka bermalam di kompartmen 103, Hutan Simpan Ulu Muda untuk menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang dipercayai berlaku di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Menurutnya kira-kira pukul 3 petang semalam, mangsa bersama dua orang awam bergerak ke kompartmen 124 di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan.

“Bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang, mereka didapati belum pulang ke tempat penginapan yang terletak di kompartmen 103.

“Seterusnya usaha mencari mereka telah dijalankan oleh anggota pasukan yang lain namun hanya menjumpai kenderaan yang digunakan di persimpangan di antara kompartmen 124 dan 125,” katanya.

Abdull Razak berkata pada 5 pagi tadi, mangsa telah dibawa balik ke kompartmen 103.

“Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian berlaku, mangsa dan dua orang awam dipercayai tersesat akibat cuaca gelap dan bunyi letupan kedengaran pada pukul 2 pagi tadi dan dipercayai mengenai mangsa pada bahagian hadapan.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut dan mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 65 tahun, yang merupakan orang awam yang pergi bersama mangsa, ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca tembakan yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

RM230mil NGO fund misuse did not involve zakat institution funds: MACC

Investigators say the misappropriated money came from public donations and multiple sources, with part of it involving collections meant to be channelled to a state zakat body

KL traffic alert: Major road closures tomorrow for XTEP 10KM Time Trial 2026

Motorists are urged to plan ahead and avoid the Padang Merbok vicinity as police announce a four-hour lockdown on key city arteries

Sepang F1 event must put petty traders in the fast lane: Anwar

PM calls for preparations to help small businesses capitalise on increased visitor traffic during Bahrain Grand Prix

◉ Related