HEADLINES

Transformasi 5G wujud 750,000 peluang pekerjaan baharu di Selangor

Ia juga mewujudkan potensi peningkatan KDNK kira-kira RM150 bilion bagi tempoh sama

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Transformasi digital yang dimangkin oleh liputan 5G dijangka mewujudkan 750,000 peluang pekerjaan baharu di Selangor menjelang 2030.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Mohammad Fahmi Ngah berkata, transformasi itu juga dijangka mewujudkan potensi peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira RM150 bilion bagi tempoh sama.

“Pelaksanaan rangkaian 5G juga merupakan satu daripada tunjang penting dalam merealisasikan aspirasi kerajaan negeri mencapai visi Projek Wilayah Pembangunan Serantau Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) dan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) seperti terkandung dalam kerangka Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

“Antara projek yang akan dijayakan melalui pelaksanaan rangkaian 5G di bawah projek IDRISS adalah NCT Smart Industrial Park, Sepang yang akan mengupayakan pembangunan kilang-kilang yang menggunakan IOT (Internet-Of-Thing) dan robotik.

“Selain itu, Gold Coast di Sepang yang akan mengupayakan Smart Tourism di kawasan tersebut, Sepang 2000, Selangor Business Capital dan Guocoland Emerald Sepang yang akan mewujudkan Smart Home dan Smart Living untuk rakyat Selangor,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Mohammad Fahmi Ngah berkata, pelaksanaan rangkaian 5G tunjang penting dalam merealisasikan aspirasi kerajaan negeri mencapai visi Projek Wilayah Pembangunan Serantau Bersepadu Selangor Selatan dan Kawasan Pembangunan Sabak Bernama. – Gambar Bernama, 4 Mac, 2024

Beliau menjawab soalan Chua Wei Kiat (PH-Rawang) yang ingin mengetahui bagaimana rangkaian 5G membantu pembangunan di Selangor dan peratusan liputan 5G di negeri itu setakat ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peratusan liputan 5G di kawasan berpenduduk di Selangor sudah mencapai 95.9% setakat 31 Disember tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut adalah berdasarkan bilangan struktur 5G yang siap dalam tempoh sama iaitu sebanyak 1,620 daripada 1,851 struktur 5G yang dirancang.

“Ini adalah jumlah tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Baki sebanyak 231 struktur lagi sedang dalam peringkat pelaksanaan.

“Peratusan 5G di Selangor akan terus meningkat kepada 96.3% apabila baki struktur ini dijangka siap selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini,” katanya. – 4 Mac 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related