HEADLINES

Kerajaan dimohon lulus peruntukan khas Ramadan RM50,000 untuk semua Ahli Parlimen

Wakil rakyat menjadi tumpuan pelbagai pihak, termasuk masjid, surau, anak yatim, ibu tunggal, fakir dan miskin yang datang untuk meminta peruntukan

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dimohon meluluskan peruntukan khas berjumlah RM50,000 untuk setiap ahli parlimen, termasuk pembangkang sama ada mereka beragama Islam atau sebaliknya sempena Ramadan.

Ahli Parlimen Jerlun, Abd Ghani Ahmad berkata, peruntukan itu penting bagi membolehkan mereka menggunakannya untuk keperluan rakyat ketika Ramadan yang akan disambut minggu depan.

“Wakil rakyat antara pihak mendapat tumpuan pelbagai pihak, termasuk masjid, surau, anak yatim, ibu tunggal, fakir dan miskin yang datang untuk meminta peruntukan.

“Saya pohon kepada kerajaan supaya dapat meluluskan peruntukan khas Ramadan sebanyak RM50,000 untuk semua ahli parlimen Islam, mahupun bukan Islam bagi meraikan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Abd Ghani berkata, peruntukan itu juga diharap boleh diluluskan sebelum tamat persidangan Dewan Rakyat, memandangkan masih berbaki 13 hari untuk umat Islam menyambut Ramadan, sekali gus membolehkan pihak yang memerlukan menerima manfaat daripada dana terbabit.

“Nak harapkan elaun wakil rakyat memang tak cukup, tak mampu untuk atasi keperluan.

“Jadi akhirnya saya mohon pertimbangan yang wajar daripada kerajaan ini supaya meluluskan peruntukan khas untuk Ramadan ini,” katanya.

Terdahulu, Abd Ghani ketika berbahas, mengingatkan Dewan Rakyat mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada 26 Februari lalu, supaya 222 ahli parlimen menjalankan amanah sebagai penggubal undang-undang dengan sebaik mungkin.

Menurutnya, Sultan Ibrahim juga mengingatkan kerajaan perlu memberikan perkhidmatan terbaik kepada 32 juta rakyat Malaysia.

Justeru, katanya, sudah tentu perkhidmatan terbaik itu wajar diukur melalui pemberian peruntukan wakil rakyat, khasnya kepada pembangkang agar ia dapat dilaksanakan dengan baik. – 6 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

“This decision clears my name after six years of slander – Hannah Yeoh after appeal court victory

Federal Territories Minister Hannah Yeoh says the Court of Appeal ruling in her favour is a vindication of truth, not a pursuit of money, after years of reputational damage caused by false allegations

A dive into Mirzan Mahathir’s diverse ventures amid MACC scrutiny

A Wharton School graduate, the 65-year-old is now the star of investigations into his business empire after his name cropped up in the leaked Panama Papers, published by the International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) in 2016. 

Related