◉ HEADLINES

Projek rel Rantau Panjang–Sungai Golok bakal perkukuh perdagangan Malaysia–Thailand

Datuk Wan Zaidi yakin jajaran baharu tingkatkan kecekapan kargo rentas sempadan dan peluang PKS

10:00 AM MYT

 

PATTANI – Projek sambungan perkhidmatan kereta api dari Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan ke Sungai Golok, Narathiwat, Thailand bakal memperkukuh sektor pengangkutan dan perdagangan dua hala kedua-dua negara.

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, berkata projek itu kini dalam pertimbangan kerajaan Malaysia dijangka akan mengukuhkan rantaian bekalan serta memudahkan pergerakan barangan.

Namun, beliau berkata Thailand telah memulakan kajian kebolehlaksanaan dan penilaian impak alam sekitar sebagai sebahagian daripada peluasan projek landasan berkembar negara itu.

“Sekiranya direalisasikan, jajaran itu akan meningkatkan kecekapan pengangkutan kargo rentas sempadan, mengurangkan kos logistik serta mempercepat penghantaran barangan antara Malaysia, Thailand dan negara Indochina.

“Kereta api merupakan mod pengangkutan paling efisien untuk kargo pukal. Ia mampu meningkatkan kapasiti perdagangan serta memperkukuh peranan Malaysia dan Thailand dalam rantaian bekalan serantau,” katanya kepada Bernama.

Wan Zaidi berkata peningkatan kesalinghubungan rel akan membuka peluang baharu kepada perdagangan komoditi dan industri pemprosesan, selain memudahkan akses pasaran bagi perusahaan kecil dan sederhana di kawasan sempadan.

Dalam masa sama, beliau berkata kedudukan strategik wilayah selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia terus menyokong interaksi rentas sempadan melibatkan perdagangan, pelancongan, pendidikan dan hubungan sosial.

Wan Zaidi mengadakan lawatan rasmi ke Pattani, Yala dan Narathiwat dari 7 hingga 10 April, yang merupakan lawatan sulung beliau ke wilayah selatan Thailand sejak dilantik tahun lalu.

Sepanjang lawatan itu, beliau mengadakan pertemuan dengan gabenor ketiga-tiga wilayah serta agensi berkaitan pembangunan, keselamatan dan hal ehwal agama bagi memperkukuh kerjasama dua hala. – 10 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related