◉ HEADLINES

Tangguh filem antarabangsa buka lebih ruang filem tempatan masuk pawagam

Finas sedang bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk mengenal pasti filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam bakal memberi peluang kepada filem tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata hasil perbincangan Finas dan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung.

“… kami boleh katakan, ini sebagai satu peluang sebab saya dapat maklumat daripada pawagam ada beberapa syarikat perfileman antarabangsa yang meminta filem terbitan mereka ditangguhkan tayangan sehingga tahun depan.

“Hasil perbincangan dengan pawagam, selain filem tempatan, ada banyak filem dari Asia Tenggara yang mampu bersaing dengan filem dari Hollywood,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Jendela Fikir: Cabaran dan Masa Depan Filem Tempatan di Pawagam di Bernama Radio hari ini.

Bagi mencapai hasrat tersebut, Finas sedang bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk merancang dan menganalisa serta mengenal pasti filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung.

“Kami sedang berbincang dengan produser yang akan menghasilkan filem tersebut terutamanya dari segi pemasaran, kerana jika boleh kami mahu mereka menguar-uarkan dua atau tiga bulan sebelum filem itu dikeluarkan.

“Ini penting, agar filem tersebut dikenali kerana proses itu membantu menarik penonton ke pawagam seterusnya menerima sambutan,” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related