HEADLINES

Goodyear laksana penstrukturan syarikat sejak 2023, tutup kilang disebabkan kos tinggi: MB

Penutupan kilang bukan sahaja di Malaysia tetapi beberapa kilang di negara lain

7:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan syarikat pengeluaran tayar global, Goodyear menstruktur semula perniagaan mereka sejak 2023 sehingga membawa kepada penutupan beberapa kilangnya termasuk di Shah Alam.

Menurutnya, syarikat tersebut sudah menutup kilang di Akron, Ohio (Amerika Syarikat) dan menjejaskan 500 pekerja pada awal tahun lalu.

Malah, katanya, Goodyear juga melakukan penstrukturan semula syarikat itu pada September 2023 yang memberi kesan kepada 1,200 pekerja di Eropah, Timur Tengah, Afrika, dan Asia.

“Ini dilakukan kerana Goodyear menstrukturkan semula perniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat seperti Michelin, Continental dan Bridgestone.

“Dan saya bacakan laporan Goodyear di peringkat tahunan bagaimana mereka mengambil langkah menyusun semula perniagaan disebabkan kos yang tinggi dan memilih untuk mencari tempat yang mempunyai kos lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul junjung kasih ke atas Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Goodyear menstrukturkan semula perniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat seperti Michelin, Continental dan Bridgestone- Gambar internet, 7 Mac, 2024

Amirudin turut membidas dakwaan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang sebelum itu mengaitkan keputusan syarikat berkenaan menutup kilangnya di Shah Alam dengan kegagalan kerajaan.

Katanya, adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan susulan keputusan syarikat terbabit.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayshal mengaitkan keputusan Goodyear menutup kilangnya di Shah Alam yang beroperasi lebih lima dekad sebagai satu lagi isyarat kemerosotan keyakinan syarikat antarabangsa terhadap situasi ekonomi semasa negara.

Amirudin juga berkata, kerajaan perlu diberi ruang untuk terus melakukan penambahbaikan dalam usaha menyelesaikan pelbagai isu rakyat.

“Memang (diakui) negara kita berada dalam proses pemulihan dan belum pulih sepenuhnya.

“Saya ambil perhatian apa diperkatakan Machang mengenai (nilai) ringgit. Namun, daripada dua taklimat yang saya hadiri bersama institusi perbankan, secara konsisten (bank) menganggarkan ringgit boleh mencecah sekitar RM4.40 sehingga RM4.20 (berbanding satu dolar AS) pada akhir tahun ini.

“Jika Machang sebut mengenai angka ringgit tertinggi, dari tempoh 20 (Februari) hingga hari ini, ringgit terus mencatatkan pengukuhan. Hari ini telah turun 1 dolar Amerika Syarikat kepada RM4.70,” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

[WATCH] ‘I’m not chasing money’: Shahmalarani Chandran on life in non-Olympic sport and the cost of elite commitment

National karate athlete Shahmalarani Chandran has opened up about the financial challenges faced by athletes in non-Olympic sports in Malaysia, saying her journey has been driven by passion, discipline and personal growth rather than financial reward, as she continues to balance elite competition with coaching and teaching responsibilities

Related