◉ HEADLINES

Tindakan Adun Selat Klang ‘tempeleng maut’ kepada Azmin, Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan: Puad

Malah, jika benar spekulasi ada lima Adun pembangkang akan mengikut jejak Rashid, bermakna Azmin bukan poster boy Bersatu di Selangor

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa Bersatu akan berhadapan dengan krisis perlembagaan parti.

Beliau berkata, ia susulan tindakaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan parti.

“Rashid melakukan ‘kamikaze’ kerana Bersatu baru pinda perlembagaan parti. Dia tidak takut pada pindaan. Dia lebih takut kapal Bersatu yang akan karam.

“Bersatu akan berhadapan dengan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai sebelum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Abdul Rashid yang juga bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin dan memaklumkan, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.

“Ini setelah saya meneliti Titah Ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan Selangor berada di landasan tepat, demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini juga adalah akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN), terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan dilontar kepada Raja-Raja Melayu,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, Azmin yang juga Pengerusi Bersatu Selangor, meminta Abdul Rashid tampil memberi penjelasan berhubung laporan beliau menyokong kepimpinan Menteri Besar.

Beliau berkata, jika dakwaan itu benar, PN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan dilakukan Abdul Rashid.

Selain itu, turut tular laporan terdapat empat lagi wakil rakyat parti tersebut didakwa akan mengikut jejak Abdul Rashid.

Namun perkara itu dinafikan Adun Jeram, Batang Kali, Sungai Kandis dan Dengkil.

Mohd Puad dalam hantaran sama turut mendakwa tindakan Abdul Rashid juga memperlihatkan kapal Bersatu yang semakin karam.

“Tindakan Adun Selat Klang menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor merupakan tempeleng maut kepada Azmin Ali.

“Jika benar ada lima lagi Adun akan ikut jejak Rashid, bermakna Azmin Ali tidak solid di Selangor. Dia bukan poster boy Bersatu di Selangor.

“Azmin kata, rakyat penat tengok gelagat MP dan Adun Bersatu alih sokongan. Dia lupa, dia pernah buat rakyat penat dengan ‘Langkah Sheraton’ dan kini ‘Langkah Dubai’,” katanya. – 7 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

◉ Related