◉ HEADLINES

Kabinet setuju teliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Memandangkan kementerian akan mengkaji aspek undang-undang yang boleh ditambah baik dan diperkemas, Seksyen 233 akta itu juga akan dikaji semula

10:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kabinet secara dasarnya bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, bertujuan untuk menyesuaikan hukuman agar bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pindaan diperlukan memandangkan hukuman yang dinyatakan dalam akta itu sudah berusia hampir tiga dekad.

“Kabinet telah meluluskan secara dasar usaha Kementerian Komunikasi untuk meneliti semula akta tersebut, iaitu kesinambungan kepada dasar yang telah diputuskan sekitar Ogos 2022.

“Industri telekomunikasi telah menyaksikan pertumbuhan besar sejak akta itu mula digubal pada 1998, jadi salah satu fokus utama (untuk pindaan) adalah mengenai isu teknikal dan penalti atas pelanggaran,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, memandangkan kementerian akan mengkaji aspek undang-undang yang boleh ditambah baik dan diperkemas, Seksyen 233 akta itu yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini, juga akan dikaji semula.

“Ramai dalam Ahli Parlimen mempunyai pandangan tegas (mengenai seksyen itu) tetapi masa yang sama ada yang berpandangan adakah akta ini cukup kuat atau tidak.

“Kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan, termasuk mereka dari industri (berkaitan) dan mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh semua pihak,” katanya.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar komunikasi yang dianggap menyinggung perasaan atau boleh menyebabkan kegusaran kepada orang lain.

Mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Sebelum ini, beberapa pihak, termasuk Badan Peguam Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap seksyen itu, menganggapnya sebagai pencerobohan serius terhadap kebebasan bersuara seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. – 8 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related