HEADLINES

Penduduk terkejut, hanya tahu kematian budak 12 tahun di Flat Sri Sabah menerusi TikTok

Tinjauan Scoop di flat terbabit mendapati keadaan di situ lengang, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku kelmarin

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR
– Penduduk di Flat Sri Sabah mengakui terkejut dengan berita kematian seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat 14, blok 56, Flat Sri Sabah, Cheras, kelmarin.

Mereka sebaliknya hanya mengetahui tragedi tersebut menerusi media sosial.

Tinjauan Scoop di flat terbabit mendapati keadaan di situ lengang, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku kelmarin.

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata meskipun menetap di blok yang sama namun dia hanya mengetahui tentang tragedi menyayat hati tersebut menerusi TikTok.

“Kami tinggal di blok yang sama, tetapi kami tidak tahu apa-apa mengenai kejadian kelmarin. Kami hanya mengetahui mengenai perkara itu melalui TikTok.

“Rakan-rakan saya juga berkongsi berita itu dalam aplikasi WhatsApp dan bertanya mengenai kejadian terbabit memandangkan kami menetap di kejiranan yang sama, malangnya kami sendiri pun tidak mengetahui apa apa,” katanya.

Pada Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 blok 56, Flat Sri Sabah, Cheras.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat perumahan berkenaan oleh orang ramai pada 1.52 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan dalam insiden yang berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk yang berusia 30 tahun berkata, dia langsung tidak mendengar bunyi siren ambulans atau polis selepas kejadian terbabit berlaku.

“Saya berada di rumah sepanjang hari tetapi tidak mendengar apa apa pun. Tiada bunyi ambulans atau polis dan keadaan seperti hari-hari biasa.

“Saya terkejut apabila nampak berita ini di media sosial, sebab sesuatu berlaku di kawasan kejiranan kami ini,”katanya yang menetap di tingkat 14.

Sementara itu, salah seorang kakitangan di pejabat penyelenggaraan di flat terbabit memaklumkan dia tidak mengetahui mengenai kejadian terbabit malah pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan pantas.

“Saya tak tahu banyak tentang kejadian itu sehingga saya mengetahui mengenai berita itu daripada mesej dalam kumpulan WhatsApp. Siasatan itu berakhir sejurus saya dan rakan sekerja pulang dari makan tengah hari,” katanya. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related