HEADLINES

Masih ramai tidak tahu fungsi SmartLane, ada yang takut untuk gunakannya

Saiz tulisan pada papan tanda yang kecil juga membuatkan ramai yang 'takut-takut' untuk menggunakan laluan berkenaan

12:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isu mengenai Laluan SmartLane di Plus Malaysia Berhad (Plus) dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini dengan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mengadu, masih ramai pengguna keliru dengan penggunaan laluan tersebut.

Menurutnya, dengan tulisan yang kecil itu, ramai pengguna lebuh raya yang takut untuk melalui laluan berkenaan yang berfungsi untuk mengelakkan kesesakan pada musim perayaan dan hujung minggu.

“Masih ramai yang keliru dan tak tau mengenai laluan. Apa rancangan pihak berkuasa untuk meningkatkan penggunaan SmartLane ini.

“Bukan itu sahaja, saiz tulisan pada papan tandanya juga kecil,” katanya ketika mencelah soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Laluan SmartLane dilaksanakan di lokasi-lokasi kritikal oleh Plus bagi membantu menyuraikan trafik yang meningkat setiap kali musim cuti sekolah dan hari perayaan.

Menjawab mengenainya, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui mengenai perkara berkenaan.

Beliau juga memaklumkan, akan berbincang dengan pihak Plus dan pada masa sama kaedah berkenaan boleh dilaksanakan di lebuh-lebuh raya lain juga bagi mengatasi masalah kesesakan. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related