HEADLINES

Tren tambahan ETS sempena PRN mampu tingkatkan peratusan pengundi

89 peratus tiket ETS bagi perkhidmatan tambahan sempena PRN telah terjual setakat ini

10:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka mampu meningkatkan jumlah peratusan pengundi.

Pelajar Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Muhammad Syahiran Abdullah, 24, berkata beliau berhasrat menggunakan perkhidmatan ETS pada Jumaat ini demi menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Selangor. 

“Saya bersyukur dengan penambahan trip yang dibuat pihak KTMB kerana ia dapat membantu dalam melancarkan perjalanan saya serta mereka yang terlibat dalam PRN Sabtu ini. 

“Tiket perkhidmatan ETS ini juga mudah didapati kerana pengguna boleh membuat pembelian melalui laman sesawang KTMB atau aplikasi KTMB Mobile (KITS) tanpa perlu ke kaunter,” katanya kepada Bernama.

Penambahan perkhidmatan itu turut memberi kelegaan kepada eksekutif syarikat pelaburan Syifa Ardani Roslan, 26, yang akan pulang ke kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. 

“Inisiatif ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada pengguna untuk pulang mengundi kerana kebiasaannya tiket tren agak terhad dan habis terjual dengan cepat semasa musim pilihan raya atau cuti,” katanya.

Pekerja swasta di ibu negara, Low Si Ling, 24, berkata perkhidmatan tambahan tren itu yang turut dibuka sempena cuti sekolah akan datang, membolehkannya bercuti ke Pulau Pinang tanpa perlu memandu selama empat jam ke negeri itu.

“Sebelum ini saya pergi bercuti dengan memandu kenderaan sendiri, tetapi dengan adanya perkhidmatan tambahan ini saya boleh ke utara menggunakan ETS tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap KTMB semasa dihubungi Bernama hari ini berkata 89 peratus tiket ETS bagi perkhidmatan tambahan sempena PRN telah terjual setakat ini, manakala untuk cuti sekolah sebanyak 51 peratus terjual daripada 8,190 tiket yang ditawarkan.

Pada Jumaat lepas, KTMB memaklumkan akan menyediakan dua perkhidmatan tambahan ETS bagi laluan Padang Besar-KL Sentral pada 11 pagi dan dari KL Sentral-Padang Besar pada 5.05 petang sempena PRN dan cuti sekolah.

Perkhidmatan tambahan itu  akan beroperasi selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos untuk PRN dan 10 hari bermula 25 Ogos hingga 3 September sempena cuti sekolah. – 9 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related