HEADLINES

Kes buli MRSM Besut: polis dapatkan permohonan reman dua lagi pelajar hari ini

Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah tujuh orang

9:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan polis semalam, akan dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu hari ini bagi proses permohonan reman, untuk membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Azamuddin Ahmad @ Abu berkata kedua-dua pelajar Tingkatan Tiga itu ditahan 4 petang semalam selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama keluarga.

Penahanan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan ialah tujuh orang setakat ini.

“Ini menjadikan sebanyak tujuh pelajar sekolah terbabit ditahan setakat ini, iaitu enam pelajar Tingkatan Tiga dan seorang pelajar Tingkatan Lima.

“Dua pelajar yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu hari ini untuk proses permohonan reman,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata lima pelajar berusia 15 hingga 17 tahun yang ditahan sebelum ini telah direman selama tiga hari bermula semalam bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Azamuddin berkata pihaknya menerima laporan pada petang semalam mengenai seorang lagi pelajar Tingkatan Dua yang didakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian sama.

“Mangsa mendakwa dibuli kumpulan pelajar yang sama dalam kejadian kira-kira 11.30 malam Selasa lepas di asrama sekolah berasrama penuh itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di bahagian kaki kanan dan kiri,” katanya.

Azamuddin dalam kenyataan semalam berkata seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama, pada 11.30 malam Selasa lepas. 

Beliau berkata berdasarkan laporan dibuat mangsa, dia diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan. – 28 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related