HEADLINES

“Uncle…Uncle…Mami mana,”: Anak Bella

Soalan itu dilontarkan kanak-kanak berusia lima tahun terbabit ketika ternampak tertuduh di mahkamah

2:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Soalan spontan diaju Eusof Abdul Fatah, 5, iaitu anak sulung mangsa bunuh, Bella kepada tertuduh kes itu di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini, mengundang simpati dan sebak individu sekeliling.

Kanak-kanak itu bertanya demikian sebaik dia melihat kelibat Mohammad Haikal Mahfuz dibawa keluar dari mahkamah berkenaan pada sebutan semula kes tuduhan membunuh wanita terbabit.

“Uncle…Uncle…Mami mana,” tanyanya berulang kali ketika terlihat Mohammad Haikal.

Kanak-kanak itu ke mahkamah berkenaan ditemani ahli keluarganya, termasuk ibu saudara, Norhisham Samsusah, 36.

Menerusi kenyataannya kepada media seperti dikongsikannya di Facebook, Norhisham berkata, sejak pemergian Bella atau nama penuhnya, Mila Sharmila Samsusah, 32, Eusof sering bertanya mengenai ibunya.

“Dia selalu bertanyakan saya maminya mana, saya beritahu ‘uncle’ dah bawa dia pergi, umi bawa awak jumpa uncle, nanti awak tanyalah dia.

“Sebab itulah, dia secara spontan bertanya hal itu pada Mohammad Haikal.

“Bila kami dengar pertanyaan itu, kami sayu seketika,” katanya yang mengakui dia dan ahli keluarga lain terkejut dengan keberanian Eusof bertanyakan soalan berkenaan kepada tertuduh.

Selain Eusof, Bella memiliki anak perempuan, Maream Isabel, 3, yang dilaporkan dijaga neneknya.

Pada 19 Januari lalu, mayat Bella ditemui dalam keadaan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar dekat Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor Bahru, selepas tertuduh yang juga teman lelakinya dipandu ke lokasi.

Penemuan rangka itu merungkai semua misteri kehilangan Bella selepas mangsa didakwa keluar bersama tertuduh pada malam 14 Disember lalu.

Tertuduh yang juga bekas posmen kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret pada 24 Januari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Januari lalu, Norhisham mendedahkan rangka adiknya itu ditemukan dalam keadaan menyayat hati iaitu tanpa kaki dan tangan.

Wanita itu berkata, dia terkejut apabila melihat keadaan rangka Bella ketika jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Susulan itu, keluarga arwah Bella memaklumkan mereka sudah membuat surat permohonan kepada polis untuk mencari sebahagian rangka yang belum ditemukan.

Baru-baru ini, keluarga Bella menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT apabila sebahagian anggota badan ibu kepada dua anak itu sudah ditemukan.

Katanya, 90 peratus rangka ditemukan itu dipercayai milik Bella, tetapi mereka perlu menunggu keputusan forensik untuk pengesahan. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Sepak Takraw Asia Cup: Malaysia set for Thailand revenge in final showdown

National team defeats India 2-0 in doubles today as final rivals downed Indonesia

With revised guidelines, X now allows ‘consenting’ adult content and nudity 

Adult content on the app must be labelled and not prominently displayed in profile pictures or account banners

Related