HEADLINES

‘Alhamdulillah, sebahagian rangka Bella ditemukan semula, tetapi perlu tunggu keputusan forensik’: Kakak

Sebahagian rangka itu ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan rangka Bella di sebuah rumah terbiar

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keluarga kepada Mila Sharmila Shamsusah, 32, atau Bella menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT apabila sebahagian anggota badan ibu kepada dua anak yang mati dibunuh di sebuah rumah terbiar di Tongkang Pechah dekat Batu Pahat, sudah ditemukan.

Kakak kepada arwah Bella, Norhisham Samsusah, 36, berkata, 90% rangka yang ditemukan dipercayai milik Bella, tetapi mereka perlu menunggu keputusan forensik untuk pengesahan.

“Alhamdulillah, sebahagian rangka arwah Bella ditemui semula, tetapi kami masih menunggu keputusan forensik.

“Sejumlah 90% rangka ditemui dipercayai milik Bella, mohon doakan supaya anggota lain dijumpai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Norhisham atau lebih mesra disapa Ayu berkata, penemuan terbaharu itu dimaklumkan oleh pihak polis yang memulakan operasi mencari baki anggota badan Bella yang masih hilang.

Katanya, sebahagian rangka itu ditemukan tidak jauh dari lokasi penemuan rangka Bella di sebuah rumah terbiar dekat Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di Batu Pahat.

Pada 26 Januari lalu, Ayu mendedahkan rangka adiknya itu ditemukan dalam keadaan menyayat hati iaitu tanpa kaki dan tangan.

Wanita itu berkata, dia terkejut apabila melihat keadaan rangka Bella ketika jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Katanya, mereka terpaksa mengeluarkan kotoran dalam tengkorak Bella sambil air mata berlinangan mengenangkan azab ditanggung adiknya itu.

Susulan itu, keluarga arwah Bella memaklumkan mereka sudah membuat surat permohonan kepada polis untuk mencari sebahagian rangka yang belum ditemukan.

Pada 19 Januari lalu, mayat Bella ditemui dalam keadaan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar dekat Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor Bahru, selepas tertuduh yang juga teman lelakinya dipandu ke lokasi.

Penemuan rangka itu merungkai semua misteri kehilangan Bella selepas mangsa didakwa keluar bersama tertuduh pada malam 14 Disember lalu.

Tertuduh yang juga bekas posmen kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret pada 24 Januari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 6 Mac 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related