◉ HEADLINES

Malaysia rampas harta RM990 juta babitkan jenayah dadah sejak 2019: Saifuddin

Sebanyak 98 makmal haram telah dirobohkan, manakala 351 individu ditahan kerana terbabit dengan kesalahan dadah

9:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya membanteras jenayah berkaitan dadah bernilai RM990 juta (AS$210 juta) sejak 2019, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, menyedari kaitan antara pengedaran dadah, rasuah dan lain-lain bentuk jenayah terancang, Malaysia kekal teguh dalam melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman berkenaan melalui langkah penguatkuasaan undang-undang yang ketat.

“Saya berbesar hati untuk kongsi bahawa di Malaysia, agensi-agensi penguatkuasaan di bawah KDN telah menyita aset bernilai RM990 juta yang terpalit dengan aktiviti dadah.

“Selain itu kita telah merobohkan 98 makmal haram, dan menahan 351 individu yang terbabit dengan kesalahan dadah.

“Kita juga telah mencapai kemajuan ketara sejak lima tahun lepas, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” katanya pada Segmen Peringkat Tertinggi Suruhanjaya Mengenai Narkotik Dadah ke-67 Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di Vienna, Austria semalam.

Teks ucapannya dihantar kepada Bernama.

Saifuddin berkata, dalam mengawal pengedaran dadah dan bahan psikotropik, sebanyak 16,865 kebenaran import dan eksport atau permit telah dikeluarkan sejak 2020 hingga tahun lepas.

“Penemuan makmal analisis mengenai pengesanan bahan baharu berfungsi sebagai asas untuk mengawal selia bahan-bahan berkaitan di bawah undang-undang negara kita,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan proaktif dalam menangani cabaran disebabkan kemunculan ubat baharu dan bahan psikoaktif baharu (NPS), selain memastikan langkah kawalan mantap dapat disediakan bagi mengurangkan perluasan dadah dan bahaya yang mungkin timbul.

Saifuddin Nasution berkata, Malaysia berikrar meningkatkan kerjasama antarabangsa dan serantau dalam menangani Masalah Dadah Dunia selaras dengan obligasi perjanjian serta Pelan Strategik Antidadah 2021-2025 Malaysia.

“Malaysia akan terus mengukuhkan perkongsian dengan negara lain dan organisasi antarabangsa untuk menangkis pembuatan, pengeluaran, pengedaran dan pengedaran haram dadah terlarang.

“Kita akan meneruskan usaha mengembangkan lagi kerjasama dua hala terutama dengan negara jiran terdekat, dan mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif serantau dan global,” katanya. – 15 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related