HEADLINES

Fahami maksud Ramadan, elak ‘sakau’, tingkat integriti: PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pernah berlaku selepas 'menyakau' di bulan puasa, duit tersebut digunakan untuk menunaikan umrah

3:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak, khususnya penjawat awam untuk memaknai maksud sebenar Ramadan dengan menjauhi perkara merosakkan, termasuk amalan ‘sakau’.

Perdana Menteri berkata, golongan itu perlu melaksanakan tanggungjawab secara positif dan sebaiknya, malah sentiasa berusaha mengatasi kelemahan diri.

Katanya, sebagai umat Islam yang mempunyai sikap tawaduk dan merendah diri, seseorang itu harus memahami kenyataan bahawa masih ada ruang untuk diperbaiki.

“Itu baru bagi saya memaknai Ramadan, kerana Ramadan ini bukan sahaja ukuran untuk tingkatkan iman dan amalan, pembacaan A-Quran serta kefahaman, tetapi dari segi prestasi kerja kita, integriti kita harus lebih bersih.

“Ini dia puasa tapi sakau-sakau juga, kemudian duit sakau itu tahun depan pergi umrah, ini memang berlaku, kita tahu bukan sesuatu yang aneh.

“Jadi ia tidak relate (berkaitan) dengan amalan peningkatan daripada segi kerohanian itu dengan kerja amal kita, mudah-mudahanlah peringatan untuk saya dan kita semua bahawa ada peluang untuk kita perbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Anwar menegaskan, walaupun sejak awal kerajaannya menggesa penjawat memperbaiki kelemahan atau amalan yang merosakkan sejak dahulu, ia masih belum bersih sepenuhnya.

“Apakah semua ditinggalkan, belum, di setiap agensi, di setiap jabatan masih ada amalan lapuk, malah curang juga masih berlaku, tetapi kita bersyukur kerana majoriti besarnya itu masih punyai integriti dan mempunyai semangat untuk memperbaiki.

“Jumlah kecil itu sudah diberi amaran demi amaran, itu terserahlah kepada penguatkuasaan untuk laksanakan,” katanya.

Dikenali sebagai pemimpin yang gigih membasmi dan menangani rasuah, Anwar mengharapkan semua penjawat awam mampu memperbaiki diri.

“Mudah-mudahanlah peringatan untuk saya dan kita semua bahawa ada peluang untuk kita perbaiki dan saya lebih yakin ya, lebih daripada setahun lihat dalam kerajaan dan saya yakin…,” katanya. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Related