◉ HEADLINES

Empat aset dibina Muslim Care Malaysia di Palestin musnah, kerugian hampir RM7.5 juta

Daripada empat aset berkenaan, tiga musnah sepenuhnya manakala hanya kompleks perniagaan boleh dibaiki, memandangkan struktur asasnya masih elok

11:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat kemudahan atau aset yang dibina di Gaza hasil sumbangan orang ramai melalui Muslim Care Malaysia (MCM) bernilai RM7.5 juta musnah dalam tempoh enam bulan sejak konflik Israel-Palestin tercetus 7 Oktober lalu.

Presiden MCM, Zulkifli Wahijan berkata, ia membabitkan Masjid Muhammad Al Amin, Kompleks Imigresen Rafah, Pusat Fisioterapi Enaya dan Kompleks Wakaf Palestin.

Menurut Zulkifli, Masjid Muhammad Al Amin yang siap dibina pada 2013 di Khan Younis musnah dibom pada hari kedua serangan.

Menurutnya, selang dua minggu kemudian, ruang tambahan di Kompleks Imigresen Rafah yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia turut musnah dibom.

“Daripada empat aset yang terlibat tiga musnah sepenuhnya, manakala hanya kompleks perniagaan (Kompleks Wakaf Palestin) boleh dibaiki, memandangkan struktur asasnya masih elok dan insya-Allah boleh digunakan.

“Setakat ini kita masih belum rancang untuk memperbaiki kompleks berkenaan dan insya-Allah kerja baik pulih akan dilakukan apabila situasi peperangan di sana reda dan kita juga akan bina semula bangunan-bangunan kita yang musnah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Amal Ramadan (Palestin, Syria dan Yaman) di sini malam tadi yang turut dihadiri bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan, tiga daripada empat aset berkenaan musnah sepenuhnya. – Gambar Muslim Care, 15 Mac, 2024

Sementara itu Zulkifli berkata, majlis malam tadi yang dihadiri kira-kira 500 peserta daripada pelbagai syarikat korporat berjaya mengumpul dana berjumlah RM2 juta.

Menurutnya MCM menyasarkan untuk mengumpul RM5 juta ringgit sepanjang bulan Ramadan ini, yang akan disalurkan ke Palestin, Syria dan Yaman.

“Enam puluh peratus daripada sumbangan diterima akan diberikan kepada Palestin yang ketika ini terus terkesan akibat serangan ganas yang sudah hampir masuk enam bulan.

“Kita juga akan berikan kepada (rakyat) Syria yang sudah lebih 10 tahun berperang akibat konflik dalaman tak berhenti dan juga Yaman yang ketika ini mengalami krisis,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sudah menyalurkan RM3 juta kepada Palestin sepanjang bulan Oktober 2023 hingga Mac tahun ini, meliputi bantuan musim sejuk dan makanan.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Muslim Care Malaysia 564490211159 atau Bank Islam 14014010147470. – 15 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

After criticism, Selangor Health Department reveals findings on food poisoning outbreak at Sunway Lagoon theme park

The department confirms contamination from the park's kitchen and highlights other factors, including poor food handling, as the cause

Berocca tablets’ expiration stickers unrelated to product safety, quality, says Bayer Malaysia

The new expiration date stickers observed on selected batches of Berocca Orange Flavour Effervescent Tablets are not related to any concerns over product safety or quality, said Bayer Co (Malaysia) Sdn Bhd.

◉ Related