HEADLINES

Tamim Dahri tidak terfikir ‘besi konkrit tajam’ lambang keagamaan

Aktivis itu mendakwa tindakannya merosakkan simbol suci agama Hindu di Langkawi berlaku tanpa sengaja, namun insiden itu mencetuskan laporan polis dan kebimbangan ketegangan kaum serta agama

2:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat Tamim Dahri Abdul Razak sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mendakwa tindakannya merosakkan simbol suci agama Hindu, trisula, berlaku secara tidak sengaja kerana menyangka objek berkenaan hanyalah besi karat.

Tamim yang lantang menentang pembinaan kuil Hindu tanpa kebenaran dalam hantaran di Facebook malam tadi berkata beliau ketika itu berada di Langkawi untuk ‘melepaskan tekanan’ selepas kerja dan melawat kawasan berhampiran sebuah gua.

“Saya nampak sebatang besi konkrit tajam, tidak terfikir langsung ia lambang keagamaan kerana kawasan itu lapang dan tiada bangunan. Saya sangka ia besi berkarat,” katanya sambil memuat naik gambar objek yang ditemuinya.

Tamim turut menegaskan trisula sebenar berbeza dengan besi yang ditumbangkannya, namun kenyataan itu tidak meredakan kebimbangan.

Dua hari lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sentosa, G Gunaraj membuat laporan polis berhubung video tular yang menunjukkan kejadian penghinaan terhadap trisula, simbol suci dalam agama Hindu.

Gunaraj menegaskan insiden itu mesti ditangani segera kerana berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan agama. – 11 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Original Penang Kayu Nasi Kandar to set foot in ‘underserved’ Kepong

Latest joint will be in an area where there aren’t many authentic mamak restaurants, owner says

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related