HEADLINES

DuitNow QR: Tiada caj ke atas peniagaan mikro dan kecil, kata Bank Negara

Pelanggan individu juga tidak akan dikenakan caj tambahan kerana menggunakan DuitNow QR untuk membuat bayaran

12:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bank-bank utama dan penyediakan perkhidmatan kewangan bukan perbankan, yang menguruskan 75% daripada perniagaan yang menerima bayaran DuitNow QR, akan terus mengecualikan fi transaksi untuk perniagaan kecil dan mikro, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataannya, BNM berkata perniagaan yang menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah bayaran tidak perlu menanggung kos untuk terminal jualan (POS) untuk pembayaran berasaskan kos atau kos overhead dan tambahan pentadbiran untuk pengendalian pembayaran tunai.

Ia menambah, pelanggan individu tidak akan dikenakan caj tambahan kerana menggunakan DuitNow QR untuk membuat bayaran.

“Bagi perniagaan, sebarang yuran transaksi yang dikenakan ke atas bayaran QR kekal serendah, atau lebih rendah daripada, yuran yang dikenakan ke atas pembayaran menggunakan kad debit,” katanya

Menurut Bank Negara, yuran DuitNow QR bertujuan untuk menampung kos dan pelaburan yang diperlukan oleh industri bagi mengekalkan sistem pembayaran mereka termasuk keselamatan siber dan kawalan pencegahan penipuan, bagi mengekalkan standard perkhidmayan serta keselamatan yang tinggi untuk perkhidmatan pembayaran.

“Industri akan mengambil langkah untuk meminimumkan kesan daripada yuran transaksi terhadap perniagaan kecil.

“BNM akan terus memberikan komitmen penuh untuk menyokong pelaksanaan pembayaran digital secara meluas di Malaysia melalui ekosistem pembayaran yang mampan dalam jangka panjang,’’ katanya.

Terdahulu, pengendali DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bersama BNM sebagai pemegang saham tunggal terbesarnya, mengumumkan bahawa peniaga akan dikenakan kadar diskaun peniaga (MDR) apabila menerima pembayaran melalui platform kod QR DuitNow, mulai 1 November.

Berikutan itu, bank utama termasuk Maybank, CIMB dan Public Bank memaklumkan, mereka akan mengetepikan caj MDR sehingga akhir tahun, atau sehingga notis selanjutnya.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, caj dikenakan ke atas peniaga untuk pembayaran melalui DuitNow, tidak akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Anwar berkata, jaminan itu diberikannya susulan perbincangan beliau dengan gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour. – 29 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related