Pengasingan aset simpanan syariah KWSP dijangka beri pulangan dividen lebih baik

Pengasingan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelaburan syariah, maka ada kemungkinan pada tahun-tahun hadapan, (dividen syariah) jika tidak melebihi dividen pelaburan konvensional, paling kurang akan setara dengan pelaburan konvensional

4:11 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Aset simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diasingkan sepenuhnya mulai 1 Jan, 2024 yang dijangka dapat memberikan pulangan dividen Skim Simpanan Shariah yang lebih baik atau sekurang-kurangnya setara dengan Skim Simpanan Konvensional.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pada masa ini, dividen bagi Skim Simpanan Shariah lebih rendah berbanding Skim Simpanan Konvensional.

Beliau berkata contohnya, dividen skim konvensional pada 2022 adalah 5.35 peratus manakala skim syariah adalah 4.75 peratus dan trend sedemikian berlaku beberapa tahun dengan dividen skim syariah tidak pernah mengatasi dividen konvensional.

“Pengasingan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelaburan syariah, maka ada kemungkinan pada tahun-tahun hadapan, (dividen syariah) jika tidak melebihi dividen pelaburan konvensional, paling kurang akan setara dengan pelaburan konvensional,”  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Integriti Bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Agensi-agensi 2023 di sini, pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang turut hadir pada sidang media itu berkata pada masa ini, kira-kira 40 peratus daripada RM1.1 trilion aset di bawah pengurusan KWSP adalah aset syariah.

Beliau berkata apabila kedua-dua skim ini diasingkan, KWSP boleh membezakan simpanan dan pelaburan yang dibuat, dengan skim syariah bebas memilih pelaburan serta boleh meningkatkan pulangan, sekali gus merapatkan jurang antara skim konvensional dan syariah.

“Tetapi, pulangan (daripada pelaburan) yang kita dapat semestinya bergantung kepada prestasi aset yang kita ada. Usaha kita, kita asingkan dulu dan kita lihat cara untuk kita boleh kurangkan jurang (dividen),” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata MOF akan meneliti secara serius setiap teguran serta ketirisan yang dilaporkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

“Perkara ini berhubung rapat dengan integriti seperti penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah, jika ia boleh dikurangkan maka banyak perkara boleh diselamatkan. Jadi, kita harap kebocoran dan teguran Ketua Audit Negara itu akan mempercepat dan mempercekap urusan kewangan,” katanya.

Mengenai teguran terhadap kelemahan pengurusan pembangunan dua projek hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Ahmad berkata MOF mengambil maklum perkara itu dan berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

LKAN 2022 mendapati LADA gagal mengutip hasil pajakan tanah dua projek iaitu Projek Pembangunan Hotel St Regis sebanyak RM3.19 juta sejak 2018; dan pajakan tanah untuk Projek Perkampungan Tok Senik sebanyak RM8.30 juta sejak 2003. – 23 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Related