HEADLINES

Pemandu bas ekspres rentung dalam kemalangan babitkan treler

Pemandu bas lelaki berusia 42 tahun itu tersepit di tempat duduk dan ditemukan dalam keadaan rentung

9:55 AM MYT

 

SUNGAI PETANI — Seorang pemandu bas ekspres maut selepas bas yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 75.2 Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.02 pagi tadi dan tiba di lokasi pada 4.19 pagi.

Beliau berkata pemandu bas lelaki berusia 42 tahun itu tersepit di tempat duduk dan ditemukan dalam keadaan rentung.

“Lima mangsa (penumpang bas) termasuk pembantu pemandu bas, masing-masing berusia lingkungan 19 hingga 57 tahun dan seorang pemandu lori berusia 32 tahun terselamat.

“Seorang penumpang perempuan berusia 29 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fauzi berkata api berjaya dikawal pada 4.37 pagi dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pendang untuk rawatan lanjut.

“Operasi membabitkan seramai 18 pegawai serta anggota dan turut dibantu BBP Amanjaya dan BBP Pendang, serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gurun,” katanya. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Original Penang Kayu Nasi Kandar to set foot in ‘underserved’ Kepong

Latest joint will be in an area where there aren’t many authentic mamak restaurants, owner says

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

MRT Corp CEO not renewed

After two extensions Datuk Mohd Zarif Hashim leaves metro rail firm

Related