HEADLINES

Dhia ditemukan selamat ketika berjalan seorang diri di Sri Rampai

Perkara itu dimaklumkan ibu kanak-kanak itu, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili menerusi hantaran di Facebook, awal pagi ini

9:15 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar yang hilang sejak Selasa lalu ditemukan selamat.

Bercakap kepada Scoop, ibu kanak-kanak itu, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, mengesahkan anaknya ditemui ketika berjalan seorang diri di Sri Rampai kira-kira jam 2.28 pagi tadi.

“Allahuakbar, Allah Maha Besar. Dengan segala doa serta pertolongan dari semua, anak saya sudah dijumpai dengan selamat.

“Kami temui dia dekat Sri Rampai ketika berjalan seorang diri. Ketika ini kami berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Dhia,” katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Facebooknya, Syarifah turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan semua yang terlibat dalam mencari anak sulungnya itu.

“Dengan rasa rendah hatinya, kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Hanya Allah dapat membalas segalanya. Aamiin.

“Terima kasih juga kepada pasukan terhebat D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Dang Wang yang bersengkang mata mencari anak saya. Syabas Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan semua yang terlibat dalam mencari anak sulungnya itu – Gambar Facebook, 17 Mac, 2024

Terdahulu, Scoop melaporkan Dhia dilaporkan hilang sejak Selasa lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas dikatakan berselisih faham dengan ibunya pada petang hari kejadian.

Ibu kanak-kanak itu berkata, kali terakhir dia bersama anak sulungnya itu adalah di kediaman mereka di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng di sini pada kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, berlaku perselisihan faham antara mereka selepas dia menerima WhatsApp daripada guru sekolah Dhia yang memaklumkan anaknya itu tidak hadir ke sekolah.

Selepas Dhia pulang ke rumah pada waktu petang hari kejadian, katanya, dia bertanya mengapa anaknya tidak ke sekolah dan ke mana, sebelum dimaklumkan dia membeli hadiah untuk melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan Syarifah Rosfazila dan suami. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related