◉ HEADLINES

Gegaran terbaharu di Segamat awal pagi ini, rekod empat gempa dalam seminggu

10:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi pada awal pagi tadi, dengan magnitud 3.4 pada skala richter, menjadikannya kejadian keempat direkodkan di kawasan berkenaan dalam beberapa hari ini.

Kejadian pada jam 4.24 pagi ini merupakan yang kedua dalam tempoh 24 jam, dengan gegaran sebelum ini dirasai pada pada 7.56 malam semalam. 

Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, ia berlaku pada jam 4.24 pagi tadi di kedalaman 10 kilometer pada jarak 22 kilometer Timur Laut dari Segamat.

“Gegaran dirasai di Johor.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,’’ katanya dalam kenyataan pagi ini.

Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia menerusi pautan yang disediakan jabatan itu bagi membantu siasatan lanjut.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa gempa bumi lemah telah dilaporkan di daerah berkenaan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk walaupun tiada kerosakan dilaporkan.

Sebelum ini, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1. – 29 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related