PM arah DBKL jangan lengah kelulusan projek, ‘saya masih belum puas hati…’

DBKL diberi masa dua minggu untuk menyediakan laporan berkaitan pemohonan projek di Kuala Lumpur termasuk membabitkan PSKL 2040

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar tidak melengahkan kelulusan bagi sebarang projek yang sudah diputuskan.

Perdana Menteri berkata, beliau juga masih belum berpuas hati dengan tahap kecepatan bagi tempoh meluluskan sebarang projek di ibu negara.

“Kita mahu tahap kecepatan kelulusan projek bukan sahaja di bandaraya (DBKL) ini tapi (juga) di seluruh negara.

“Walaupun kita efisyen, tapi tahap kecepatan kelulusan itu masih belum memuaskan. Kita tak boleh lengahkan projek yang sudah diputus dan diluluskan.

“Kita masih tertinggal berbanding negara lain termasuk Vietnam dalam soal kecepatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Beliau berkata, berikutan itu pihak DBKL diberi masa dua minggu untuk menyediakan laporan berkaitan pemohonan projek di Kuala Lumpur termasuk membabitkan PSKL 2040.

“Saya mahu laporan disampaikan dalam dua minggu. Kita hendak pelaksanaan keputusan, kalau tak keputusan tangguh sehingga sampai tahun depan.

“Kerana kata mereka (DBKL) Disember itu separuh bercuti, saya tidak boleh terima kenyataan itu.  Kalau cuti, cutilah… tapi sebelum cuti bulan Disember itu, mesti ada laporan tersebut dan ini cabaran kepada Datuk Bandar,” katanya.

PSKL2040 yang diwartakan bulan lalu, kini menggantikan PSKL2020 sebagai dokumen perancangan masa hadapan Kuala Lumpur dalam memacu pembangunan strategik ibu negara Malaysia secara indikatif sehingga 2040.

Berlandaskan visi ‘Bandar Untuk Semua’, PSKL2040 bakal memartabatkan ibu negara sebagai bandar raya inklusif berpaksikan pembangunan mampan, pengurusan bertaraf antarabangsa serta jaminan kualiti hidup bandar raya sejahtera.

PSKL2040 adalah rangka tindakan komprehensif yang mengambil kira perubahan semasa dan masa hadapan seperti perubahan iklim, ekonomi, demografi, gaya hidup dan infrastruktur Kuala Lumpur mendepani persaingan antarabangsa pada abad ke-21.

Pelan ini akan digunapakai DBKL dalam membuat keputusan perancangan dan permohonan perancangan bangunan, pembangunan infrastruktur dan menjalankan kerja berkaitan pembangunan bandar raya. – 9 November, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Related