HEADLINES

Kelonggaran mengisi MDAC sehingga 31 Disember

Pengisian MDAC ini penting untuk memastikan aspek kawalan tidak dikompromi di dalam kita memberi kelonggaran syarat-syarat kemasukan pelancong, kata Saifuddin

6:29 PM MYT

 

SEPANG – Warga asing yang ingin memasuki negara ini diberi kelonggaran sehingga 31 Disember ini mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) di pintu masuk negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Bercakap pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini, beliau berkata bermula 1 Januari 2024, warga asing diwajibkan mengisi kad digital berkenaan dua atau tiga hari sebelum tiba di negara ini. 

“Mereka  masih boleh mengisi  kad digital itu sebaik tiba di sini sebab ada sesetengah orang baru tahu mengenai pelaksanaan ini, jadi kelonggaran diberikan.

Pengisian MDAC ini penting untuk memastikan aspek kawalan tidak dikompromi di dalam kita memberi kelonggaran syarat-syarat kemasukan pelancong,” katanya MDAC mempunyai  ciri-ciri keselamatan.

MDAC merupakan salah satu daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan perkhidmatan Jabatan Imigresen, selaras pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India bermula 1 Disember.

Beliau berkata pelancong asing ke Malaysia tidak perlu berdepan proses pemohonan visa yang agak merumitkan dengan pengisian MDAC itu.

”Kita dapat memantau pergerakan atau mengetahui alamat didiami kalau mereka masuk ke negara kita melalui MDAC,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata kelonggaran serta pengecualian MDAC diberikan terutamanya kepada individu-individu yang merupakan pengembara berulang di sempadan-sempadan negara. 

“Ini juga untuk memastikan tiada kesesakan di pintu-pintu masuk antarabangsa kita,” katanya. 

Selain warga Singapura, turut dikecualikan mengisi  MDAC ialah pemegang pasport tetap Malaysia dan pas jangka panjang Malaysia, pemegang sijil pengenalan biasa Brunei (GCI) dan “Brunei Malaysia Frequent Traveller Facility”, pemegang pas sempadan Thailand dan pas Lintas Batas Indonesia. 

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 14 kaunter Jabatan Imigresen yang baharu dibuka di KLIA sempena pelaksanaan pengecualian visa berkenaan bermula 1 Disember.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kaunter imigresen yang beroperasi di KLIA adalah sebanyak 60, untuk memudah dan mempercepatkan pergerakan kemasukan pengunjung atau pelancong asing. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Four found dead after Pinkfish NYE concert in Sunway Lagoon, say cops

KUALA LUMPUR — Police have confirmed the deaths of two men and two women, all locals, who attended an electronic dance music (EDM) concert in Bandar Sunway, Subang Jaya, on Tuesday. Selangor Police...

Related