HEADLINES

Jarang lagu Ramadan berentak pop ceria dan catchy, irama itu yang dibawa Farhana Ali dalam Alhamdulillah, It’s Ramadan

Menurut Farhana lagi, proses pembikinan muzik video itu memerlukan persiapan empat hari

2:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jarang sungguh bagi penyanyi bukan nasyid untuk membawakan lagu berunsur Islamik terutama apabila ia berkaitan dengan keberkatan Ramadan, apatah lagi dengan rentak pop yang ceria dan catchy.

Namun, usaha itu dilakukan penyanyi United Kingdom yang semakin meningkat naik, Farhana Ali apabila muncul dengan single Alhamdulillah, It’s Ramadan melalui label berinspirasikan muzik dakwah, Masyhur (di bawah naungan Universal Music Malaysia).

Menurut Farhana, proses pembikinan muzik video itu memerlukan persiapan empat hari merangkumi pelbagai aspek, antaranya konsep, dekorasi, penyediaan makanan dan pakaian. – Gambar PR, 19 Mac, 2024

“Alhamdullilah, it’s Ramadan ini ditulis saya untuk mengungkap intipati dan semangat Ramadan. Saya mahu lagu ini membawa kebahagiaan serta harapan dalam ketibaan Ramadan!”

“Pesanan muzik video ini mengenai hidup bermasyarakat dalam satu komuniti, perpaduan, memberi kembali dan mengalu-alukan semua orang tanpa mengira kepercayaan masing-masing. Ia melambangkan harapan, kebersamaan dan kegembiraan bersama satu sama lain.

“Miracles can happen, it’s the holiest month (keajaiban boleh berlaku, ini adalah bulan paling suci) adalah petikan coretan lirik yang diambil daripada lagu itu dan saya rasa, ia dipamerkan dengan begitu indah melalui muzik video ini,” katanya.

Menurut Farhana lagi, proses pembikinan muzik video itu memerlukan persiapan empat hari merangkumi pelbagai aspek, antaranya konsep, dekorasi, penyediaan makanan dan pakaian.

“Tetapi Alhamdullilah saya mempunyai sokongan team (pasukan) dan komuniti yang hebat sehingga semuanya dapat dijalankan dengan begitu mudah.

“Kami memulakan penggambaran pada jam 10 pagi di sebuah pusat pemberian makanan di London. Kami menampilkan aktiviti harian peniaga yang akan mengatur barangan makanan, sebelum diserahkan kepada masyarakat memerlukan.

“Babak paling saya suka adalah saat kami menjamu selera beramai-ramai, seperti kami sedang berbuka puasa bersama, berkongsi makanan dan saling berkomunikasi dengan penuh kegembiraan,” katanya.

Dengan kemunculan Alhamdulillah, It’s Ramadan, ia juga turut membuka lembaran baharu Farhana Ali bersama Universal Music Malaysia. – 19 Mac, 2023

Topics

 

Popular

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Related