HEADLINES

Azeem akan ke Olimpik Paris

Kesatuan Olahraga Malaysia mempertimbangkan untuk menggunakan tiket wild card jika jaguh pecut negara itu tidak layak ke Paris berdasarkan merit

8:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tidak kira sama ada pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya mencatat masa 10.00 saat (s) dalam kelayakan 100 meter (m) atau tidak, penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Paris pada Julai ini sudah terjamin.

Pengarah teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard mendedahkan kepada Scoop, kesatuan itu mempertimbangkan untuk menggunakan tiket wild card jika tiada atlet negara yang layak ke Paris berdasarkan merit.

Ballard menekankan, nama Azeem berada di senarai teratas, dengan Olahraga Dunia (WA) hanya memperuntukkan slot wild card untuk tiga acara di Olimpik Paris iaitu 100m, 800m dan maraton.

Selain Azeem, tiga atlet lain yang berusaha melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu ialah Shereen Samson Vallabouy (400m), Andre Anura Anuar (lompat kijang) dan Irfan Shamshuddin (lempar cakera).

Bagaimanapun, Ballard mengakui, Andre dan Irfan berdepan cabaran untuk layak secara merit memandangkan ranking mereka menurun ketika musim sukan bermula.

“Walaupun ia tidak lagi dipanggil wild card, WA kini merujuk mereka sebagai atlet yang tidak layak.

“KOM hanya boleh mencalonkan seorang atlet dari acara yang ditetapkan…100m, 800m dan maraton, dan Azeem memenuhinya

“Bagi Andre dan Irfan, laluan untuk kelayakan mungkin sukar tetapi kita kekal optimistik. Bagaimanapun, jika atlet lain layak secara merit, kita tidak boleh memohon untuk slot berkenaan,’’ jelas Ballard kepada Scoop.

Azeem dan atlet kebangsaan lain mempunyai sehingga 30 Jun untuk menunjukkan keupayaan dan bersaing bagi mendapat tiket secara merit ke Paris.

Ballard juga memaklumkan beliau sudah berhubung dengan jurulatih Azeem di Universiti Auburn bagi mendapatkan pemahaman lengkap mengenai kemajuan pelari berusia 19 tahun itu di Amerika Syarikat.

Minggu lepas, Azeem meraih pingat gangsa dalam acara 100m pada Kejohanan Olahraga Jemputan Yellow Jacket di Atlanta, namun dia hanya mencatat masa 10.38s.

Catatan masa itu jauh berbanding pencapaian terbaiknya 10.09s yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali Colombia, pada Julai lalu, yang juga merupakan rekod kebangsaan.

“Saya baru berbincang dengan Ken (Harnden), dan dia menasihatkan untuk tidak menetapkan sasaran yang tinggi bagi permulaan musim ini kerana Azeem masih menjalani latihan ketat.

“Ken bagaimanapun menyatakan dia sangat kagum dengan prestasi Azeem baru-baru ini dalam acara 100m lari berganti-ganti, di mana dia dan rakan sepasukannya memperoleh pingat emas,’’ katanya. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

KLIA responds swiftly to storm-induced water overflow at terminal

Engineering and safety teams mobilised within minutes to contain rainwater intrusion and protect passenger areas, as thunderstorms continue across the Klang Valley

PTPTN to use e-Kasih data to convert loans into scholarships for students from low-income households

Starting next year, PTPTN will refer to the database to transform loans for students from poor families into scholarships, lightening financial burdens and enhancing academic focus

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related