HEADLINES

Kerajaan beri lampu hijau Sukan Komanwel 2026 ‘skala kecil’?

Walaupun Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan suntikan dana sebanyak £100 million (RM602 juta) kepada Malaysia, kerajaan perlu mendapatkan lagi RM698 juta

11:53 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Mungkinkah kerajaan akan menjadi penyelamat Sukan Komanwel 2026 dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat tidak lama lagi?

Bagaimanapun, difahamkan kerajaan mahu mengurangkan acara agar ia tidak membazir wang pembayar cukai, tetapi pada masa sama mampu membawa nilai kepada ekonomi negara.

Ia selaras dengan pendirian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bahawa Kuala Lumpur 2026 seharusnya dikecilkan.

Sukan Komanwel yang dikecilkan akan menyaksikan Malaysia menganjurkan mungkin separuh daripada 23 acara yang dirancang di Victoria.

Sumber menyatakan, difahamkan temasya itu akan menelan kos sekitar RM1.3 bilion jika Malaysia menjadi tuan rumah.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menawarkan suntikan dana sebanyak £100 million (RM602 juta) kepada Malaysia.

“Dengan CGF menawarkan RM602 juta kepada Malaysia untuk penganjuran temasya itu, kerajaan perlu mendapatkan lagi RM698 juta. Bagaimanapun, ia memilih untuk mendapatkan sektor swasta,” kata sumber.

Difahamkan beberapa syarikat telah didekati untuk membantu membiayai temasya tersebut.

“Kami sedang membincangkan kemungkinan untuk menjadi sebahagian daripada acara ini,” kata seorang eksekutif kanan korporat.

Menurut sumber, kerajaan hanya akan bersetuju untuk menganjurkan Sukan Komanwel jika yakin akan ada impak kepada ekonomi tempatan seperti industri perhotelan dan pelancongan.

“Sebagai contoh, selain perkampungan sukan, peserta juga akan menginap di hotel,” katanya.

Kali terakhir Malaysia menganjurkan Sukan Komanwel adalah pada 1998 dengan kontinjen negara mendapat tempat keempat dengan pungutan 36 pingat (10 emas, 14 perak dan 12 gangsa).

Kerajaan ketika itu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, membelanjakan lebih RM1.029 bilion untuk menganjurkan temasya itu.

Jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira AU$5 bilion (RM23.4 bilion) bagi penyediaan jalan baharu, landasan kereta api, pengambilan tanah dan kemudahan lain termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Victoria, di Australia diumumkan sebagai penganjur Sukan Komanwel 2026 pada April 2022, namun menarik diri dengan alasan kewangan.

Bagaimanapun, menurut laporan, Sukan Komanwel berskala penuh akan menyuntik kira-kira AU$3 bilion (RM9.26 bilion) ke dalam ekonomi Victoria sambil mewujudkan 7,000 peluang pekerjaan.

Malah ia juga bersetuju untuk membayar AU$380 juta (RM1.17 billion) kepada CGF kerana menarik diri.

Rakyat Malaysia berbelah bahagi terhadap cadangan kerajaan untuk mempertimbangkan penganjuran Sukan Komanwel, dengan ramai yang mempertikaikan jika kosnya jauh melebihi manfaat ekonomi.

Bagaimanapun, satu lagi pendapat adalah negara boleh menganjurkan peristiwa dunia yang boleh membawa aktiviti ekonomi yang signifikan.

Jika kerajaan memutuskan untuk menganjurkan Sukan Komanwel pada 2026, sebanyak 51 negara termasuk penganjur akan mengambil bahagian. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Related