HEADLINES

Saya percaya peranan ilmuwan, pertubuhan Islam mampu perkukuh pembinaan Malaysia Madani: Anwar

9:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan ilmuwan dan pertubuhan Islam penting dalam mengukuhkan pembinaan Malaysia Madani.

Katanya, sinergi ulama dan anggota pertubuhan Islam perlu dalam pencitraan agama itu yang lebih dinamik serta inklusif dengan segala ciri khasnya yang unik.

“Mendoakan agar semua agamawan, aktivis dakwah dan petugas agensi Islam terus istiqamah menjalankan peranan masing-masing.

“Sentiasa berada dalam barakah dan perlindungan Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata demikian selepas meraikan agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam di Majlis Berbuka Puasa Madani, malam tadi.

Turut hadir, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis itu juga meraikan 18 anak yatim serta asnaf dari Pusat Pendidikan dan Penjagaan Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri Kuala Lumpur.

“Saya sempat meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

“Saya bersama jemaah lain kemudian dapat mendengar tazkirah Ramadan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Nooh Gadut dan doa selamat dibacakan Sheikh Afeefuddin Al-Jailani,” katanya.

Menerusi kenyataannya sebelum ini, Anwar menegaskan syiar Islam boleh ditegakkan menerusi persiapan ilmu dan amal, bukan semata-mata dengan semangat jeritan.

Persiapan ilmu juga, katanya, penting bagi mengelak ketegangan panas dalam masyarakat. – 20 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Malaysian fighter pilots push boundaries beyond US Navy peers, says ex-American aviator

While America uses both defensive and offensive stances, Malaysia focuses primarily on the defensive

Related